DBKL laksana laluan kontra mulai Julai 2023

  • June 19, 2023
  • 2 min read
DBKL laksana laluan kontra mulai Julai 2023

DBKL laksDewan Bandaraya Kuala Lumpur mulai Julai 2023 akan melaksanakan dua laluan kontra di kawasan berikut:1. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Rhu sehingga persimpangan Jalan Tun Razak). Laluan kontra di kawasan ini bertujuan bagi menyediakan satu laluan khas bas pada waktu puncak (pagi) dari jam 6.00 pagi hingga 9.00 pagi bagi membantu pergerakan bas agar lebih efisien dan menepati waktu ketibaan di samping menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

Sebagai laluan alternatif terdapat pusingan-U (U-Turn) dari arah pusat bandar ke Ampang di persimpangan Jalan Jelatek dan dibawah jejambat persimpangan MRR2. Bagi arah Ampang menuju ke pusat bandar pusingan-U adalah di persimpangan Jalan Jelatek dan persimpangan Jalan Tun Razak.2. Penambahan jarak bukaan laluan kontra sedia ada di Jalan Maharajalela – Jalan Cheras (waktu puncak petang)Sebelum ini, laluan kontra di kawasan Jalan Maharajalela menuju ke Jalan Cheras bermula di laluan masuk Jalan Cheras.Kini, laluan masuk bagi kawasan ini bermula di Jalan 1 | M u k a s u r a tMaharajalela (berdekatan Sekolah Menengan Tsun Jin). Penambahan jarak laluan kontra ini membolehkan kenderaan masuk ke laluan kontra lebih awal dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan di sekitar Jalan Cheras.Sebagai persiapan untuk melaksanakan laluan kontra di kawasan yang terlibat, DBKL akan meletakkan papan tanda makluman berkaitan pelaksanaan laluan kontra ini dan membuat hebahan kepada pengguna jalan raya melalui paparan skrin VMS. Selain itu, DBKL juga turut mengadakan perbincangan dasar bersama agensi yang terlibat seperti Prasarana, MIROS, dan PDRM.Dengan pelaksanaan awalan dua laluan kontra ini, ianya diharap dapat mengurangkan kesesakan di kawasan berkaitan. Tambahan lagi, ianya memberi keutamaan laluan kepada kenderaan pengangkutan awam. Ini sekaligus dapat meningkatkan tahap kebolehpercayaan pengguna jalan raya terhadap perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan di Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *