Fahami AI cara mudah melalui seminar ‘Unfair Advantage: AI Awakening’

KUALA LUMPUR – Kesedaran mengenai kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan rakyat Malaysia terus meningkat apabila semakin ramai usahawan, profesional dan organisasi mula mencari kaedah lebih praktikal untuk memahami teknologi tersebut.

Seiring perkembangan pesat dunia digital, seminar ‘Unfair Advantage: AI Awakening’ bakal dianjurkan di MATRADE awal bulan depan bagi membantu peserta memahami landskap AI secara lebih jelas, mudah dan relevan dalam Bahasa Melayu.

Program berkenaan akan dikendalikan oleh penceramah bebas dan pengamal teknologi-perniagaan, Saiffil Fariz Mohamad Yusuff yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang AI, automasi dan transformasi digital.

Beliau berkata, seminar itu tidak hanya tertumpu kepada penggunaan alat AI semata-mata, sebaliknya memberi kefahaman menyeluruh mengenai bagaimana teknologi tersebut boleh dimanfaatkan dalam dunia kerja dan perniagaan sebenar.

“Ramai masih melihat AI sekadar trend atau alat tertentu sedangkan teknologi ini sebenarnya boleh menjadi kelebihan besar sekiranya difahami dengan betul dan digunakan secara praktikal,” katanya.

Pendekatan seminar itu dibina berdasarkan konsep ‘Belajar peta, bukan sekadar alat’ dengan memberi penekanan kepada kepentingan memahami landskap AI secara keseluruhan berbanding terlalu bergantung kepada satu platform tertentu.

“Alat akan berubah, model akan berubah dan teknologi akan terus berkembang. Apa yang penting ialah memahami bagaimana AI berfungsi supaya peserta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan,” katanya.

Melalui sesi selama empat jam itu, peserta akan didedahkan dengan rangka kerja ‘AI Navigation Map’ yang merangkumi aspek model, prompt, kemampuan AI, workflow, judgment serta leverage dalam penggunaan teknologi berkenaan.

Seminar tersebut turut menyasarkan usahawan, kakitangan korporat, agensi kerajaan, PKS dan peserta bukan teknikal yang mahu memahami AI secara lebih praktikal tanpa perlu mempunyai latar belakang teknologi yang mendalam.

Saiffil Fariz sebelum ini turut terlibat dalam pelbagai program melibatkan institusi dan organisasi termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Putra Business School UPM, Jabatan Digital Negara, Pos Digicert, Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Selain aktif dalam dunia teknologi, beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan perniagaan, pemasaran, automasi serta penjenamaan berskala besar termasuk penglibatan bersama kempen AirAsia dan Le Tour de Langkawi.

“AI bukan lagi sesuatu yang jauh atau hanya untuk golongan teknikal. Ia sudah menjadi sebahagian daripada masa depan pekerjaan, perniagaan dan komunikasi harian,” katanya.

Program ‘Unfair Advantage: AI Awakening’ dijadual berlangsung pada 4 atau 5 Jun 2026 bermula jam 8.45 pagi hingga 12.45 tengah hari di Menara MATRADE, Kuala Lumpur.

Untuk maklumat lanjut atau pengesahan kehadiran media, sila hubungi RA Media Relations Sdn Bhd menerusi email ramediarelations@gmail.com atau WhatsApp +6019-7874889.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *