Festival Budaya Filem China-Malaysia Kembali! Perasmian Edisi Kedua Meriah di GSC Mid Valley

Kuala Lumpur, 30 Mei 2025 — Festival Budaya Filem China-Malaysia edisi kedua melabuhkan tirainya secara rasmi hari ini dengan gaya penuh gemilang di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Bertemakan “Klasik ke Masa Depan XR”, festival ini membuka tirai dengan tayangan eksklusif filem ikonik bisu The Goddess (1934), seiring filem epik fantasi China Creation of the Gods, serta naskhah kebanggaan tempatan Guang.

Dianjurkan oleh Lomo Pictures Sdn Bhd dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), festival ini turut mendapat kerjasama strategik daripada GSC International Screens dan China Film Archive, serta disokong oleh Trico Group dan Hong Jun Capital.
Tayangan Eksklusif, Forum Inovatif & Teknologi Terkini
Menawarkan lebih daripada sekadar tayangan, festival tahun ini menyajikan pelbagai naskhah unggul dari kedua-dua negara—daripada filem warisan yang dipulihkan hinggalah kepada produksi terkini yang mencerminkan kemajuan teknologi sinema. Penonton bakal menyaksikan bagaimana elemen realiti terimbuh (XR) dan kecerdasan buatan (AI) kini turut membentuk wajah baharu industri perfileman Asia.

Antara kemuncak program termasuk forum industri membincangkan integrasi AI dalam pembikinan filem, serta bengkel lakonan yang dikendalikan oleh pengarah legenda Hong Kong, Clifton Ko.
Dirasmikan Dengan Sokongan Tokoh Industri
Majlis perasmian yang berlangsung penuh gaya turut dihadiri oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, serta Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Dato’ Azmir Saifuddin Bin Mutalib. Turut hadir adalah tokoh-tokoh penting dari sektor budaya dan perfileman kedua-dua negara, menyaksikan bagaimana filem menjadi jambatan merentas sempadan budaya.


Pengerusi Penganjur, Encik Aron Koh berkata, “Festival ini bukan sekadar menayangkan filem, tetapi mencipta ruang bagi kolaborasi, dialog dan perkongsian budaya. Setiap karya dipilih teliti bagi mencerminkan warisan serta suara sinematik kontemporari yang kaya dan pelbagai.”
Gabungan Filem Klasik & Moden: Dari The Goddess ke Honey Money Phony
Penonton berpeluang menyelami era klasik melalui The Goddess yang dibintangi ikon layar perak Ruan Lingyu serta komedi Hong Kong It’s a Mad, Mad, Mad World. Filem pecah panggung China seperti Creation of the Gods I & II, komedi romantik Honey Money Phony, dan thriller A Place Called Silence turut menyerlahkan kekuatan sinema moden China.
Dari Malaysia pula, filem-filem yang menyentuh hati seperti Guang, Sepet, dan Blooms of Happiness membawa sentuhan tempatan yang penuh emosi, menggambarkan kisah hidup yang dekat di hati rakyat Malaysia.

Kerjasama Strategik China-Malaysia dalam XR
Satu pengumuman penting turut dibuat oleh Lomo Pictures mengenai kerjasama strategik jangka panjang bersama Beijing Tianying Holdings Group Co., Ltd. Kedua-dua pihak akan membangunkan produksi bersama berasaskan XR, menandakan era baharu kolaborasi filem rentas negara dalam teknologi masa depan.
Jelajah Antarabangsa & Tiket RM10 Sahaja!
Festival ini akan berlangsung hingga 8 Jun di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, sebelum meneruskan edisi antarabangsa ke Xi’an, China. Semua tayangan boleh ditonton dengan harga istimewa RM10 sahaja — tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi GSC, aplikasi GSC atau kiosk layan diri di pawagam terpilih.
Senarai Filem Rasmi Festival Budaya Filem China-Malaysia 2025
Tajuk (Inggeris) Tajuk (Cina) Negara Pengarah Tahun
1 The Goddess 神女 China Wu Yonggang 1934
2 It’s a Mad, Mad, Mad World 富贵逼人 Hong Kong Clifton Ko 1987
3 Creation of the Gods I: Kingdom of Storms 封神第一部:朝歌风云 China Wuershan 2023
4 Creation of the Gods II: Demon Force 封神第二部:战火西岐 China Wuershan 2025
5 Honey Money Phony 骗骗喜欢你 China Su Biao 2024
6 A Place Called Silence 默杀 China Sam Quah 2024
7 Guang 光 Malaysia Quek Shio Chuan 2018
8 Sepet 单眼皮 Malaysia Yasmin Ahmad 2004
9 Blooms of Happiness 新年·奇迹号 Malaysia Ryon Lee 2025
Ikuti Perkembangan Festival:
Laman web: www.lomopictures.my
Facebook: China-Malaysia Film Culture Festival
Instagram: @chinamalaysiafilmcul.fest