Festival Filem Asia Pasifik ke-61 (APFF61) promosi pertukaran budaya, ekspresi seni, pendidikan dan pelancongan
Malam Festival Filem Asia Pasifik ke-61 (APFF61) telah berjalan dengan jayanya pada 1 Disember 2024 berlangsung di Wyndham Ion Majestic Hotel, Genting Highlands, Pahang.
Festival yang dianjurkan oleh Lomo Pictures Sdn Bhd ini menerima penyertaan memberangsangkan dengan 268 penyertaan filem dari lebih 20 bandaraya Asia Pasifik, termasuk Bangkok, Beijing, Mumbai, dan Sydney.
Ia berfungsi sebagai sebuah platform penting untuk mempamerkan bakat dan kreativiti sinematik terbaik dari Asia-Pasifik, menghimpunkan pembuat filem, artis, para pemain industri dan peminat bagi meraikan kecemerlangan dalam pawagam.
Festival ini bertujuan untuk mempromosikan pertukaran budaya, ekspresi seni, pendidikan, pelancongan, dan kerjasama ekonomi di rantau Asia Pasifik.
Festival ini juga menawarkan pandangan yang berharga tentang industri filem dan menyediakan peserta dengan platform untuk melibatkan diri dengan pakar, pengarah, penerbit dan pelakon dari seluruh Rantau Asia Pasifik.
Selain itu, festival ini juga bertujuan bagi memupuk dan menggalakkan pertukaran budaya, mempamerkan bakat yang pelbagai, dan menggalakkan kerjasama dalam komuniti filem Asia-Pasifik.
Delegasi Asia-Pacific:
- Mr Allan Cheung Hing Kwa
(Cambodia) - Mr Li Jun Bao (China)
- Mr Nilendra Deshapriya Fernando (Sri Lanka)
- Ms Siti Kamaluddi (Brunei)
- Mr Chung Tae Jin (Korea)
- Mr Chandra Kant JHA (India)
- Mr Rain (Philippines)
- Mr Subarna THAPA (Nepal)
- Mr Mahsood Rahman (Bangladesh)
- Mr D Hyun (Australia)
- Mr Somkiat Ruanpraphat (Thailand)
- Ms Sirawee keeratichayasit
(Thailand) - Dato Nancie Foo
- Mr Pasha
Kemuncak Majlis Anugerah APFF61 akan memberi penghormatan kepada pencapaian cemerlang dalam perfileman, mengiktiraf filem, persembahan dan sumbangan yang paling luar biasa seperti Anugerah FPA Outstanding Film Maker Award Raymond Wong dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Sammo
Hung.
Senarai penuh anugerah dan pemenang:
- Filem Terbaik – Winner: How To Make Millions before Grand Dies ( Thailand)
- Pengarah Terbaik – Winner: Anslem Chan Mou Yin – Filem: The Last Dance (Hong Kong)
- Pelakon Lelaki – Winner: Puthipong Assaratanakul – Filem : How To Make Millions Before Grandma Dies ( Thailand)
- Pelakon Wanita Terbaik – Winner: Michelle Wai – Filem : The Last Dance (Hong Kong)
- Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Winner: Fabian Loo – Filem : Rain Town (Malaysia)
- Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Winner: Azira Shafinaz – Filem: Indera (Malaysia)
- Lakonlayar Terbaik – Winner: Thodsapon Thiptinnakorn, Pat Boonnitipat – Filem : How To Make Millions Before Grandma Dies (Thailand)
- Sinematografi Terbaik – Winner: Joseph Christoforus Fofid – Filem : Woman From Rote Island ( Indonesia)
- Suntingan Filem Terbaik – Winner: William Chang Suk Ping/ Curran Pang – Filem : The Last Dance (Hong Kong)
- Skor Muzik Terbaik – Winner: Indraadip Dasgupta – Filem: Padatik (India)
- Kesan Bunyi Terbaik – Winner: Book Chien, Sun Sy-Yuan, Thang Hsiang- Chu – Filem : Eye In The Storm (Taiwan)
- Kesan Visual Terbaik – Winner: Archin Yen – Filem : Eye In The Storm ( Taiwan)
- Pengarahan Seni Terbaik – Winner: Yiu Hon Man – Filem : The Last Dance (Hong Kong)
- Solekan/ Rekaan Busana Terbaik – Winner : Somnath Kundu, Sabarni Das – Filem: Padatik (India)
- Aksi Kreografi Terbaik – Winner: Blue Room (Philippines)
- Filem Pendek Terbaik – Winner: The Lonely Piano (Malaysia)
- Media Baru Terbaik – Winner : Wo Long Feng Chu
- Anugerah Khas Juri I – Winner : EMP4T (Malaysia)
- Anugerah Khas Juri II – Winner: Side – Seeing The Movie ( Vietnam/Thailand)
- FPA Most Outstanding Film Maker Award – Raymond Wong
- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Sammo Hung
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi urusetia APFF61 www.lomopictures.my atau hubungi kami di talian 03-8605 0169.