Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM’23) Peringkat
Kebangsaan, 16-17 September 2023, Sabtu – Ahad, 10.00 pagi – 12.00 malam
anjuran Persatuan Tatihseni Malaysia
dengan kerjasama Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur
TERM’23 akan diadakan pada 15-17 September 2023, di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam (Jumaat, Sabtu dan Ahad).
Jumaat adalah hari Latihan dan raptai sepenuhnya. Hari kejadian tertumpu kepada
hari Sabtu dan Ahad sahaja.
Peringkat Kebangsaan yang Acara paling utama adalah pertandingan menghimpunkan lebih 600 peserta dari seluruh Malaysia untuk menyertai pertandingan tarian evolusi etnik dan rakyat Malaysia yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 10-14 tahun dan 15 tahun ke atas.
Acara ini diadakan selama 2 hari iaitu pada jam 8.00 malam hari pertama dan kedua.
Acara istimewa kedua adalah persembahan tarian kebudayaan berkonsep perpaduan kepelbagaian kaum bertajuk ‘Masyhur Malaysia’ dan lagu ‘Malaysia Truly Asia’ menutupi tirai slot persembahan khas yang berdurasi selama 45 minit ini akan dipersembahkan sebagai tontonan umum oleh Artis Budaya Malay World Cultural Paradise (MWCP) Creative Troupe.
Persembahan ini dijadualkan dua kali
sehari. Setiap jam 3.00 petang selama 45-60 minit manakala sebelah malam
selingan dan penutupan acara ini akan menyerikan acara pertandingan TERM’23 peringkat kebangsaan.
Masyhur Malaysia turut menampilkan
Ratu Etnik Negara, Noraniza Idris.
Kedua-dua acara ini akan diadakan di petas utama Panggung Bandaraya Kuala Lumpur.
Acara pengisian festival ini turut diceriakan dengan acara sambutan oleh cilik-cilik
dan pelatih Tatihseni Tari yang sedang mempelajari asas kesenian tradisional untk diketengahkan.
Acara sambutan ini akan diadakan setiap jam 2.00 petang dan 7.45 malam di lobi Panggung Bandaraya.
Acara ini turut menampilkan tetamu undangan dari Medan Indonesia untuk silang
budaya menerusi tarian Joget Serampang 12′ dan Joget Dondang Sayang bersama
komuniti.
Kumpulan Sanggar Hang Tuah ini akan menjadi artis budaya undangan
pada hari Ahad untuk bengkel santai yang dijadualkan pada jam 5.00 petang
hingga 7.00 malam di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.
Festival ini bertujuan untuk mengangkat semula karya tempatan Irama Malaysia
melalui dua pendekatan utama iaitu
persembahan tarian pelbagai kaum Masyhur
bengkel.
Majlis perasmian dan penutupan akan disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Ketua Pengarah JKKN. Acara perasmian pelancaran TERM’23 diadakan pada petang hari Sabtu dan penutup pada malam hari Sabtu sebagai acara kemuncak.