Kerjasama Strategik menjayakan aspirasi pelancongan negara
KUALA LUMPUR, 5 SEPT 2023: Bagi menyemarakkan lagi sektor pelancongan
negara, DatumCorp International, Malaysia International Tourism Development
Association (MITDA), Tatih Seni dan MalaysiaGazette akan menjalinkan kerjasama
strategik dalam menjayakan aspirasi negara.
Menerusi Memorandum of Collaboration (MOC) pertama bagi mengangkat Datum
Jelatek sebagai Hub Pelancongan Seni dan Budaya, DatumCorp International akan
bekerjasama dengan MITDA.
Menerusi jalinan kerjasama strategik tersebut Datum Jelatek bakal menjadi Pusat
Kecemerlangan Pelancongan (Tourism Center of Excellence) dan salah satu lokasi tarikan pelancongan yang baharu di Lembah Klang.
Selaras dengan hasrat serta aspirasi kerajaan menerusi Dasar Pelancongan Negara dan Dasar Kebudayaan Negara, Datum Jelatek mengambil inisiatif murni merealisasikan produk serta perkhidmatan pelancongan berdaya maju seperti Malaysia Heritage Cultural Palace, Hentian Bas Pelancongan/”Coach Station”
Untuk Pakej KL City Tour, lokasi penginapan bagi pelancong berkonsepkan service
apartment, lokasi kebudayaan & kraftangan (Kiosk Kraftangan & tradisional), program Malaysia My 2nd Home (MM2H) dan lokasi “Hot- Spot” Pelancongan – Infiniti View & Sky Ring View secara berperingkat.
Ironinya, perbezaan budaya dan warisan di tempat asal pelancong sebenarnya
mendorong mereka ingin mengetahui dengan lebih mendalam budaya dan warisan
tempatan, sama ada dengan pemerhatian atau melalui pengalaman itu sendiri.
Menyedari potensi dan keperluan bagi segmen pasaran pelancongan budaya
tersebut Datum Corp International mengambil Langkah segera membangunkan Malaysia Heritage Culture Palace iaitu sebuah dewan makan yang menyajikan sajian tempatan asli serta persembahan kebudayaan bagi menceriakan lagi suasana di lokasi tersebut.
Produk pelancongan berasaskan seni dan budaya ini secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi sektor pelancongan negara yang kaya dengan khazanah seni budaya dan warisan.
Selain itu, keberadaan Datum Jelatek dengan fasiliti yang menarik ini turut membolehkan produk pelancongan baharu diketengahkan bagi memberi manfaat bersama antaranya program KL City Tour Packages, Program VVDJ (Visit & View)