Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Decathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan Negara

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Filem Tamil Ponniyin Selvan 2 (PS2) Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Raih Kutipan Pecah Panggung!

Filem Tamil Ponniyin Selvan 2 (PS2) yang diarahkan pengarah tersohor, Mani Ratnam meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) di Foyer, Aurum Theatre, The Gardens Mall diatas pencapaian Filem India Pertama Diedarkan Dalam Format Sinematik 4DX.

Penerimaan pengiktirafan diadakan bersama wakil daripada rumah produksi Lyca Productions yang bertanggungjawab menerbitkan filem epik sejarah tersebut dan MSK Cinemas Sdn Bhd selaku wakil pengedar filem di Malaysia. 

Pengarah MSK Cinemas Sdn Bhd, Saradha Sivalingam berkata, PS2 mencatatkan kejayaan pecah panggung di Malaysia dengan kutipan sebanyak RM9 juta.

“Ponniyin Selvam 2 adalah filem pertama dari India yang ditayangkan dalam format 4DX belum pernah ada mana-mana filem yang ditayangkan dalam format sebegini. 

“Filem Ponniyin Selvan 2 membariskan pelakon Bollywood dan Kollywood popular dan ternama seperti Aishwarya Rai, Jayam Ravi, Karthi, Trisha dan Vikram. 

“Menonton filem dalam format 4DX adalah suatu pengalaman yang menarik dan mengujakan, ia umpama menaiki roller coaster sambil menikmati 20 gerakan tindak balas seperti bunyi audio sekeliling, kerusi bergerak, efek seperti air, haba dan asap.

Sementara itu, Saradha yang juga seorang pelakon, penerbit, dan pengarah filem berkata, produksinya merancang untuk menerbitkan filem Melayu, pada masa akan datang.

“Kami ingin membawa filem yang ada prospek dan jangkaan tinggi. Kami juga akan terbitkan filem tempatan, seperti filem Melayu nanti,” katanya.

Sebagai rekod, Ponniyin Selvan 2 adalah kesinambungan naskhah pertama, yang ditayangkan pada Oktober 2022 lalu, mengutip kutipan sebanyak RM130 juta di seluruh dunia dalam tempoh tiga hari ditayangkan di pawagam.


Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *