FINAS serah SST Dana khas filem pendek dan dana program TV/ OTT, perkenal empat kategori baharu DKD

  • August 23, 2022
  • 2 min read
FINAS serah SST Dana khas filem pendek dan dana program TV/ OTT, perkenal empat kategori baharu DKD

HULU KELANG, 22 Ogos 2022 – Seramai tujuh penerima Dana Khas Filem Pendek dan Dana Program TV/ OTT menerima Surat Setuju Terima (SST) dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) hari ini bertujuan memperkasakan kemahiran dan keupayaan karyawan muda tempatan dalam menghasilkan karya yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa.

Selain itu, penyerahan SST di bawah Dana Kandungan Digital (DKD) ini juga adalah untuk merancakkan lagi ekonomi Industri Kreatif tanah air dengan meningkatkan peluang pekerjaan komuniti dan karyawan muda melalui karya kreatif serta merangsang kreativiti penggiat melalui eksplorasi idea dan karya.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Prof Dr. Md Nasir Ibrahim berkata, pemberian dana tersebut merupakan usaha berterusan yang dijalankan FINAS dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) khususnya dalam memajukan sektor perfileman dan industri kreatif negara melalui penawaran pelbagai peluang berupa suntikan dana kepada penggiat seni tanah air. “Justeru, bagi mencapai hasrat tersebut, tahun ini FINAS memperkenalkan empatkategori baharu iaitu Dana Khas Dokumentari Bintang Nostalgia, Dana Khas Filem Pendek, Dana Dokumentari Seni Budaya dan Warisan serta Dana Filem Cereka.

“FINAS berharap melalui penyaluran dana di bawah DKD ini, dapat membantu membina semula industri kreatif serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan khususnya kepada penggiat-penggiat seni tanah air setelah krisis pandemik COVID-19 melanda negara,” katanya lagi.Dana Kandungan Digital (Sektor Filem), Dana Khas Filem Pendek disasarkan kepada karyawan muda bagi menggalakkan penerbitan produk berkualiti dan penerbitan filem pendek ini terbuka kepada semua genre yang mempunyai nilai komersial bagi penyertaan pertandingan atau festival dalam dan luar negara.

Sebanyak 29 projek Dana Kandungan Digital (Sektor Filem), Dana Khas Filem Pendekkali ini dengan jumlah dana yang disalurkan oleh pihak FINAS berjumlah RM794,000.00.1Bagi projek drama bersiri, Tok Guru pula merupakan drama bersiri sebanyak 13 episod terbitan World Evolution Brain (M) Sdn Bhd yang menerima Dana Program TV atau overthe-top (OTT) dan akan bersiaran di TV2 RTM mulai 31 Ogos ini. Drama bersiri Tok Gurudiharap dapat menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.Tujuh individu bertuah yang menerima SST Dana Khas Filem Pendek tersebut adalah seperti berikut:

1. Mohd Hairi Safwan (Tajuk: Qarin)2. Lim Han Loong (Tajuk: Family Gathering)3. Lee Shi Min (Tajuk: Dad’s Suit)4. Syahnur Asyikin Kee Charles (Tajuk: Peace Land)5. Syazani Zikry Zainul Hakim (Tajuk: A Different View)6. Felix Elmer Anak Peter John Remek (Tajuk: Pak, Aman Nak Pergi Sekolah)7. Lenathannimalai Srinivasan (Tajuk: Gogu And The Memories of 7 Trees)

Semasa sesi penyerahan SST itu, FINAS juga melancarkan drama bersiri di bawah Dana Program TV/ OTT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *