Firdaus Wong Duta Kembara Al-Haramain, Misi Lahirkan Da’i dan Pendakwah Pelapis

KUALA LUMPUR – Bukan sekadar perjalanan menjejakkan kaki ke Tanah Suci, sebaliknya menjadi medan membentuk jiwa, memperkukuh penghayatan agama dan melahirkan generasi pendakwah yang mampu meneruskan perjuangan menyebarkan syiar Islam.

Itulah aspirasi utama penganjuran Kembara Al-Haramain 1.0 yang menampilkan pendakwah terkenal, Firdaus Wong sebagai duta pembimbing program, menerusi kerjasama Pertubuhan Musaadah Jaringan Insan (PEMUDAH) dan Gloria Travel Ventures Sdn. Bhd.

Kedua Dari kiri Duta Firdaus Wong .
Hajah Hezla bersama tetamu khas podcast

Pengerusi PEMUDAH, Hajah Hezla binti Haji Hashim berkata, program berkenaan dirangka bukan sekadar sebagai perjalanan ibadah dan ziarah, sebaliknya menjadi platform pendidikan serta pengalaman praktikal bagi melahirkan golongan da’i dan pendakwah pelapis.

Menurutnya, cetusan idea penganjuran program itu bermula kira-kira dua tahun lalu hasil perbincangan awal, namun pelaksanaannya mengambil masa berikutan beberapa kekangan sebelum akhirnya dapat direalisasikan.

Beliau berkata, matlamat utama program itu adalah untuk meneruskan amanah dakwah dalam menyebarkan agama Allah SWT sebagaimana perjuangan yang ditinggalkan Rasulullah SAW kepada umatnya.

“Usia kita tidak selamanya di dunia. Sebab itu, kita memerlukan pelapis yang mampu meneruskan kerja-kerja dakwah ini.

“Kita perlu membentuk dan mendidik bakal da’i serta pendakwah supaya mereka mempunyai ilmu, pengalaman dan kesediaan untuk menyambung usaha dakwah yang kita laksanakan hari ini,” katanya.

Kembara Al-Haramain 1.0 dijadualkan berlangsung selama 12 hari 10 malam bermula 13 hingga 24 Januari 2027, melibatkan tiga destinasi utama iaitu Makkah, Madinah dan Doha, Qatar.

Menurut Hajah Hezla, pemilihan Makkah dan Madinah sebagai destinasi utama bukan sekadar memberikan peluang kepada peserta menunaikan ibadah serta menziarahi tempat bersejarah Islam, malah menjadi pendekatan pembelajaran secara langsung yang diharapkan mampu meninggalkan kesan mendalam dalam diri mereka.

Lebih menarik, kesemua peserta yang dikenal pasti merupakan individu yang bakal menjejakkan kaki ke Makkah buat kali pertama.

Katanya, pengalaman menyaksikan sendiri Kaabah di Masjidil Haram pastinya memberikan penghayatan berbeza berbanding pengalaman melihatnya melalui gambar atau ketika menunaikan solat di tanah air.

“Selama ini, kita bersolat dengan menghadap kiblat dan melihat gambar Kaabah pada sejadah. Tetapi apabila kita sendiri berada di hadapan Kaabah dan melihatnya secara nyata, pengalaman itu berbeza dan boleh menyentuh jiwa.

“Pengalaman seperti ini diharapkan dapat memberikan kesan mendalam kepada peserta sehingga mereka lebih memahami dan menghayati apa yang dipelajari,” katanya.

Beliau menjelaskan, pendekatan membawa peserta ke Tanah Suci juga bertujuan mengubah pembelajaran yang sebelum ini lebih tertumpu kepada teori kepada pengalaman praktikal.

Ini kerana ilmu dakwah bukan sekadar perlu difahami, sebaliknya perlu dihayati dan diterjemahkan melalui pengalaman sebenar sebelum disampaikan kepada masyarakat.

Sebelum menyertai program berkenaan, peserta yang telah dikenal pasti terlebih dahulu melalui proses temu duga, selain diberikan beberapa bentuk pendidikan dan pendedahan berkaitan dakwah.

Mereka juga telah terlibat dalam beberapa aktiviti serta usaha dakwah sebagai persediaan awal sebelum mengikuti perjalanan tersebut.

Dari segi perjalanan, peserta akan menggunakan penerbangan Qatar Airways, selain menikmati pengalaman menaiki Haramain High Speed Train bagi perjalanan antara destinasi di Arab Saudi.

Pakej turut menyediakan penginapan hotel, sajian makanan serta khidmat mutawwif sebagai pembimbing rasmi sepanjang perjalanan bagi memastikan urusan ibadah dan ziarah peserta berjalan lancar.

Menariknya, terdapat tiga pilihan penginapan dan pakej yang ditawarkan mengikut kategori bilik serta destinasi.

Bagi penginapan di Makkah dari 13 hingga 18 Januari 2027, peserta akan ditempatkan di Hotel Azka Al Maqam dengan pilihan bilik berempat pada harga RM8,790 seorang.

Seterusnya, penginapan di Madinah dari 18 hingga 21 Januari 2027 disediakan di Hotel Sanabel dengan pilihan bilik bertiga pada harga RM9,790 seorang.

Manakala bagi penginapan di Doha, Qatar dari 21 hingga 23 Januari 2027, peserta akan ditempatkan di Hotel Saraya Corniche dengan pilihan bilik berdua pada harga RM10,790 seorang.

Kesemua pakej turut menawarkan kemudahan fullboard dengan tiga kali sajian makanan sehari, selain kelengkapan barangan umrah dan khidmat pembimbing sepanjang perjalanan.

Penglibatan Firdaus Wong sebagai duta pembimbing program turut menjadi antara tarikan utama Kembara Al-Haramain 1.0, khususnya dalam usaha memberikan pendedahan dan inspirasi kepada peserta untuk mendalami tanggungjawab sebagai seorang pendakwah.

Hajah Hezla berharap program itu dapat melahirkan generasi da’i yang bukan sahaja mempunyai pengetahuan agama, malah mampu membawa mesej Islam dengan penuh hikmah, berkesan dan dekat dengan kehidupan masyarakat.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai Kembara Al-Haramain 1.0 boleh mendapatkan maklumat lanjut serta membuat pertanyaan dan pendaftaran melalui Gloria Travel Ventures Sdn. Bhd. dengan menghubungi Haji Kamil menerusi WhatsApp di talian 018-9091092.

Pertanyaan juga boleh dibuat melalui e-mel gloria.travelhq@gmail.com atau melayari laman web www.gloriatravel.my.

Jangan lepaskan peluang menyertai perjalanan istimewa ini yang bukan sahaja menawarkan pengalaman menjejakkan kaki ke Tanah Suci, malah membuka ruang untuk mendalami ilmu, memperkukuh jiwa dan menghayati amanah dakwah sebagai bekalan kehidupan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *