Fit for action labuh tirai dengan kemenangan bersama Muaz dan Raden

  • October 12, 2022
  • 2 min read
Fit for action labuh tirai dengan kemenangan bersama Muaz dan Raden

Petaling Jaya, 12 Oktober 2022 – Selepas enam minggu beraksi dan mempelajari teknik-teknik lakonan, kini FIT FOR ACTION telah melabuhkan tirainya pada 9 Oktober 2022 yang bersiaran dari pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.


FIT FOR ACTION, program pertandingan realiti baharu yang berkonsepkan cabaran lakon – layar dan fizikal untuk mencari pelakon lelaki dan pelakon wanita versatil Malaysia telah mengumumkan Muaz dan Raden sebagai juara manakala Marc Syammie dan Lisa sebagai naib juara.

Juara FIT FOR ACTION telah memenangi kontrak tawaran berlakon di saluran Media Prima beserta trofi.


Naib juara juga membawa pulang trofi.
Sepanjang dua bulan, tunjuk ajar daripada pengarah terkemuka iaitu Datuk Yusof Haslam, Aziz.M.Osman, Heykal Hanifah dan Ellie Suriaty telah melengkapkan 12 peserta untuk melebarkan sayap mereka ke industri seni lakonan.

Para peserta juga diuji dengan cabaran fizikal oleh Nana Al Khaled. Selain itu,
mereka juga berpeluang untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman berlakon di samping pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Sharifah Rose dan Gambit Saifullah.


Juara bersama FIT FOR ACTION, Muaz 25 tahun berasal di Selangor menyatakan bahawa kejayaan ini adalah sesuatu yang tak diduga kerana beliau tidak mempunyai apa-apa pengalaman berlakon sebelum
ini.

Tambahan pula, beliau hampir tidak dapat teruskan dengan peringkat kedua uji bakat FIT FOR ACTION (call casting) kerana perlu menjalani kuarantin setelah menjadi kontak rapat Covid-19.

Mujurlah ia hanya untuk jangka masa yang singkat, peluang untuk meneruskan call casting tidak dilepaskan begitu sahaja
oleh Muaz.

Terbukti usaha ini berbaloi dengan kejayaan tidak duga sebagai juara akhirnya.
Raden Zaharatul atau lebih mesra dengan panggilan Raden iaitu juara bersama FIT FOR ACTION sudah ada pengalaman dalam lakonan sebagai pelakon tambahan.

Apa yang diinginkan oleh Raden dalam
menyertai FIT FOR ACTION adalah untuk mengasah bakat dan mendapat tunjuk ajar dari penggiat seni berpengalaman dan telah berjaya.

Dengan kejayaan yang beliau perolehi dalam FIT FOR ACTION, beliau amatlah berharap untuk berpeluang menjadi pelakon utama pada masa hadapan.


Jika kerjaya sebagai seorang pelakon menjadi perjalanan hidupnya yang akan datang, Raden menyatakan bahawa beliau bersedia dan siap dari segi mental untuk berdepan dengan kontroversi atau kecaman sebagai seorang anak seni.

Menurut Raden, “Perkara ini adalah benda yang tidak boleh kawal. Apa yangkita boleh kawal adalah kita diri sendiri, kita nak buat baik atau jahat itu terletak pada diri sendiri.” Bagi
Muaz pula, “Kecaman dan kontroversi tidak boleh halang, tapi kita boleh elak. Kita boleh pastikan kita tak buat kesilapan yang boleh dielak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *