GAGAL HADIR KE MAHKAMAH:INDIVIDU MUAT NAIK KANDUNGAN PALSU MELIBATKAN AGONG DAN MAJLIS RAJA-RAJA DITANGKAP

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2025 – Seorang individu telah ditangkap selepas
gagal hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan yang dikenakan atas
kesalahan memuat naik kandungan bersifat palsu melibatkan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta Majlis Raja-
Raja.
Kesalahan tersebut dibuat menerusi laman aplikasi Facebook miliknya.
Tangkapan ke atas suspek pada pukul 11:00 malam tadi dilaksanakan oleh
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, sejurus waran tangkap
dikeluarkan oleh hakim Mahkamah Sesyen Sepang.
Individu berkenaan gagal hadir ke sebutan kes yang ditetapkan di mahkamah
tersebut pada 24 Februari 2025.
Suspek yang kini dalam tahanan PDRM akan dihadapkan semula ke mahkamah
sama dalam masa terdekat.
Dia akan didakwa di bawah seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 [Akta 588] yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000
atau penjara satu tahun, atau kedua-duanya sekali.