Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Gala Dinner Persatuan Rantauan Warisan Kedah ditunda kepada satu tarikh baharu nanti

Kuala Lumpur: Makan malam Kedah Nite 2026 – Royal Gala Dinner anjuran Persatuan Rantauan Warisan Kedah (Waris Kedah) yang dijadualkan berlangsung pada 14 Februari ini di MATRADE Hall, Kuala Lumpur ditunda kepada satu tarikh baharu yang akan diumumkan nanti.

Presidennya, Datuk Sri Zaienal Abidin Omar berkata, keputusan ini dibuat selepas mengambilkira pemilihan masa yang tidak sesuai.

“Penangguhan ini dibuat susulan kekhilafan dalam pemilihan tarikh asal yang bertepatan dengan cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Sedangkan ketika itu ramai dalam kalangan masyarakat Cina pulang ke kampung halaman bersama keluarga masing-masing untuk meraikan perayaan itu.

“Pada masa sama, ia juga hampir dengan permulaan bulan Ramadan. Untuk itu keputusan ini adalah sebagai langkah menghormati keselesaan, komitmen dan penyertaan semua tetamu kehormat serta pihak berkepentingan,” katanya.

Menurutnya, Waris Kedah kekal komited untuk menjayakan Kedah Nite sebagai platform berprestij bagi jaringan kepimpinan, perniagaan dan pemerkasaan warisan Negeri Kedah.

“Kami yakin bahawa acara yang dijadualkan semula ini akan memberikan pengalaman yang lebih bermakna dan berkualiti kepada semua yang hadir,” katanya.

Terdahulu pada 14 Januari lalu, Waris Kedah mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan majlis makan malam terbabit yang mengumpulkan tokoh korporat, orang kenamaan, selebriti kelahiran Kedah dan anak Kedah di rantauan.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *