GAYONG 2 Jadi Pilihan No. 1 Pawagam, BUKTI Sokongan padu Penonton tempatan !

Filem aksi warisan, Gayong 2, terus mencipta momentum apabila berjaya muncul sebagai pilihan nombor
satu di pawagam, sekali gus membuktikan bahawa karya tempatan yang sarat dengan elemen budaya,
perjuangan dan emosi masih mendapat tempat di hati penonton Malaysia.
Sejak tayangan awal hingga hari pertama tayangan rasmi, Gayong 2 menerima sambutan baik daripada
penonton dengan perbualan di media sosial serta kehadiran di pawagam yang semakin meningkat, sekali
gus memberi petanda positif terhadap penerimaannya. Berbeza dengan filem pertama, Gayong 2 tampil
lebih gelap dan realistik, mengangkat isu rasuah, salah guna kuasa dan pengkhianatan yang
menjadikannya lebih dekat dengan realiti serta lebih serius dari segi penceritaan.
Menurut Penerbit Eksekutif, Khairul Anuar Latip, beliau meluahkan rasa terharu dengan penerimaan
penonton terhadap filem ini, “Alhamdulillah, pihak Soul Pictures sangat terharu dan bersyukur dengan
sokongan peminat-peminat filem tempatan kepada filem Gayong 2. Melihat kepada tayangan awal dan hari

pertama tayangan rasmi di seluruh Malaysia, sambutan serta sokongan itu sangat memberangsangkan.
Jadi, kami berharap sokongan ini berterusan dan mampu memberi kita semangat untuk meneruskan
karya-karya yang lebih bersifat warisan, budaya dan perjuangan pada masa akan datang. Terima kasih
Malaysia.”
Kejayaan ini bukan sekadar pencapaian, tetapi menjadi petanda jelas bahawa penonton tempatan semakin
menghargai naskhah yang membawa identiti sendiri. Gayong 2 bukan hanya sebuah filem aksi, tetapi
sebuah perjalanan yang mengangkat nilai warisan dan semangat perjuangan dalam bentuk yang lebih
moden serta dekat dengan generasi hari ini. Dengan momentum yang sedang memuncak, tidak mustahil
filem ini akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling menonjol tahun ini.
Filem ini hadir dengan sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran dan diterajui pengarah
Faisal Ishak. Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Gayong 2 yang bakal
menggegarkan pawagam seluruh negara mulai 9 April 2026. Gunakan tanda pagar #Gayong2 untuk
memeriahkan lagi perbualan di media sosial!
Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Gayong 2, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan

YouTube Primeworks Studios.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *