GERAKAN harap PRU-15 diadakan pada tahun hadapan
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) berharap Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak diadakan pada tahun ini.
Presiden Nasionalnya, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, GERAKAN berpendirian tidak menggalakkan PRU15 diadakan kerana negara harus fokus kepada pemulihan ekonomi terlebih dahulu.
“Tambahan pula Covid-19 masih belum dapat kawal sepenuhnya.Kami berharap parlimen akan dibubarkan pada tahun hadapan.
“Tetapi sekiranya Perdana Menteri akan membuat pembubaran juga pada tahun ini, GERAKAN tetap bersiap sedia menghadapi PRU15,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli jawatankuasa pusat hari ini.
GERAKAN telah meneliti beberapa faktor yang berkemungkinan PRU15 akan diadakan secepat mungkin antaranya perkembangan Barisan Nasional yang mengadakan beberapa perjumpaan dan Presiden UMNO juga sering berucap mahukan PRU15 diadakan segera.
Pada masa yang sama Dominic lau mengumumkan bahawa Persidangan Perwakila Negeri dan Persidangan Perwakilan Nasional GERAKAN akan berlangsung pada September,Oktober dan November ini.
“Semasa persidangan tersebut GERAKAN akan membuat mengumumkan kawasan-kawasan yang berhasrat untuk bertanding pada PRU15.
“Persidangan menjadi platform terakhir untuk kami pecut ‘gear’ paling laju sebelum menghadapi PRU15,” jelasnya.
Dalam pada itu, Dominic yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional memaklumkan bahawa Perikatan Nasional tetap menggunakan logo (sekarang) pada PRU15 nanti biarpun ada berbincang mengenai logo baharu.
“Kita sudah membuat perbicangan dan keputusan diambil untuk menggunakan logo sekarang kerana ada beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan,” katanya.