Pertempuran bakal bermula penyanyi ‘senior’ lawan ‘junior’

  • August 21, 2022
  • 2 min read
Pertempuran bakal bermula penyanyi ‘senior’ lawan ‘junior’

Petaling Jaya: Penonton TV3 bakal menyaksikan pertempuran vokal antara 3
penyanyi senior dan 3 penyanyi junior mempertaruhkan lagu-lagu popular Anugerah Juara Lagu.

Terpaling Juara membuka gelanggang dengan konsert pengenalan keenam – enam peserta, pada 21 Ogos 2022 sebelum 3 kapten mengumumkan siapakah 2 peserta pilihan mereka.


Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, Terpaling Juara juga dapat disaksikan dengan strim langsung secara definisi tinggi di
laman portal video www.tonton.com.my

Episod pertama bakal menyaksikan para peserta mempertaruhkan lagu-lagu yang pernah tercalon di Anugerah Juara Lagu termasuklah Cinta (AJL36, nyanyian asal Marsha Milan), Sangkar Cinta (SFMM11,
nyanyian asal Ziana Zain), Nur Kasih (SFMM10, nyanyian asal Slam), Bayangan Gurauan (SFMM8, nyanyian asal Mega), Gilalah (AJL29, nyanyian asal Stacy) dan Mungkir Bahagia (AJL21, nyanyian asal Hazami).

Pentas Terpaling Juara akan dihangatkan lagi dengan penyanyi jemputan, Raja Pop Malaysia
Dato’ Jamal Abdillah yang merupakan Juara AJL12 (Ghazal Untuk Rabiah, Dato’ M. Nasir & Dato’ Jamal Abdillah) dan pemenang ketiga AJL 35 (Belenggu Rindu, Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah).


Antara Ifa Raziah, Hazami, Rahmad Mega, Shazreen Shaharum, Aqmal Ramdan dan Aqeesh Aleeya, siapakah dua peserta yang akan bernaung di bawah bimbingan kapten Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel untuk bersiap saga mengejar takhta Terpaling Juara? Pastikan anda tidak ketinggalan untuk
mengikuti program hiburan terbaharu TV3 yang paling hebat dan WOW pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam mulai 9.00 malam.


Terpaling Juara dihoskan oleh dua pengacara TV yang ceria dan pandai berceloteh iaitu Haziq Hussni dan Shiha Zikir serta menggandingkan Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap.

‘Terpaling Juara’ mempertaruhkan 3 kapten bersama-sama dengan 6 peserta sepanjang 8 minggu. Akim Ahmad (Juara Lagu 30 – Potret), Hael Husaini (Juara Lagu 32 – Jampi & Juara Lagu 33 – Haram), dan Naim Daniel (Juara
Lagu 34 – Sumpah), merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij, Anugerah Juara Lagu akan menggalas tugas sebagai
kapten, membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan
persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL.

Lagu – lagu popular AJL akan diberikan nafas
baharu dan pasti menggamit nostalgia penonton Terpaling Juara! Siapakah bakal bergelar Terpaling Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000?


Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *