Hari Hipertensi Sedunia disambut pada 17 Mei setiap tahun.

  • May 20, 2023
  • 1 min read
Hari Hipertensi Sedunia disambut pada 17 Mei setiap tahun.

Hipertensi atau tekanan darah tinggi ialah antara penyakit tidak berjangkit (NCD) yang dianggap pembunuh senyap dan kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda terutama di peringkat awal penyakit.

Hari Hipertensi Sedunia disambut pada 17 Mei setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat terhadap risiko hipertensi sekiranya tidak dirawat dan kepentingan pemeriksaan tekanan darah serta penggunaan ubat-ubatan secara berkala bagi mengelakkan komplikasi yang lebih serius.

Mari kita sama-sama amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringan, berjalan 10,000 langkah sehari, mengurangkan pengambilan garam dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

ANGKASA

Coop

KitaKoperasi

WeAreCoops

SejutaPokokCoop

MenjulangAspirasiKoperasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *