KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL KOMITED RAPAT JURANG DIGITAL DI SARAWAK
Kuching, 21 Mei 2023 – Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil hari ini mengakhiri lawatan kerja selama tiga hari di Sarawak. Lawatan kerja yang bermula pada 19 Mei 2023 bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan Kerajaan Negeri Sarawak.Komitmen bagi menambah baik capaian Internet dan fasiliti telekomunikasi sekali gus merapatkan jurang digital di Sarawak telah dizahirkan oleh YB Fahmi Fadzil semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas YAB Premier Sarawak.
YB Fahmi Fadzil juga telah menyampaikan ucap tama pada Persidangan Keselamatan Siber Asia Pasifik (ASPEC) 2023 di Hotel Pullman, Kuching anjuran bersama Institut Pengurusan Sarawak (MASA) dan Sarawak Information Systems Sdn. Bhd. (SAINS). Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan kerjasamadi peringkat antarabangsa melalui perkongsian maklumat dan pendekatan praktikal aspek perundangan dan kesedaran bagi menangani cabaran keselamatan siber.Beliau turut merasmikan Majlis Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi (WTISD) 2023 bertemakan “Memperkasakan Masyarakat Melalui Teknologi Maklumat dan Digital” di Plaza Merdeka, Kuching.
Dalam ucapan perasmian ditegaskan bahawa komitmen kerajaan untuk memperkasakan masyarakat menerusi tranformasi digital seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI.YB Fahmi Fadzil juga meluangkan masa menyantuni kira-kira 100 ketua kaum dan pemimpin masyarakat serta golongan kurang berkemampuan dalam program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) dan Kita MADANI anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Sarawak.
Program ini dirangka bagi mendekati rakyatpada semua peringkat selain mempromosikan dasar-dasar kerajaan serta konsep Malaysia MADANI melalui pendekatan hiburan bermaklumat. Beliau mengakhiri lawatan kerja kali ini dengan melihat sendiri fasiliti di menara telekomunikasi Kampung Trombol, Kuching.
YB Fahmi Fadzil memberi jaminan untuksegera meneliti bentuk tindakan dan usaha bersama menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerajaan negeri dan syarikatsyarikat telekomunikasi bagi menyelesaikan masalah naked tower (menara satelittanpa peralatan telekomunikasi).
Lawatan kerja ini turut disertai oleh Ketua Setiausaha KKD, YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md. Isa bersama-sama Kerajaan Negeri Sarawak, ketua jabatan dan agensi di bawah KKD termasuk SKMM.