Hari Kebangsaan 2022 disambut meriah, bukti cinta keluarga Malaysia terhadap negara

  • September 1, 2022
  • 2 min read
Hari Kebangsaan 2022 disambut meriah, bukti cinta keluarga Malaysia terhadap negara

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, Syukur Alhamdulillah, Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang diraikan penuh meriah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos telah menyaksikan seluruh Keluarga Malaysia daripada pelbagai bangsa dan peringkat usia menzahirkan rasa kecintaan terhadap tanah air Malaysia.


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dan saya selaku
Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022
(HKHM 2022) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan atas komitmen
semua Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada pelbagai Kementerian dan agensi,
Angkatan Tentera Malaysia, pasukan beruniform, syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
dan swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta lebih 20,000 orang peserta yang telah menjayakan acara perbarisan dan perarakan tahun ini.


Saya juga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kehadiran segenap lapisan
masyarakat yang di luar jangkaan iaitu melebihi 100,000 orang yang datang seawal
4.00 pagi dari jauh dan dekat ke Dataran Merdeka. Sambutan kali ini diadakan
secara besar-besaran setelah dua tahun Hari Kebangsaan disambut dalam skala
kecil akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara.


Sambutan turut diadakan secara serentak pada pagi 31 Ogos 2022 di seluruh negara
dengan kerjasama semua Kerajaan Negeri. Aspirasi Keluarga Malaysia yang
diilhamkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob terbukti berjaya
merealisasikan erti Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran yang jelas dapat
dilihat melalui gelora Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang bertemakan Keluarga
Malaysia Teguh Bersama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *