PROGRAM KEJOHANAN PIALA BUDAK KAMPUNG 2022
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan
Generasi Muda, Sukan & Pembangunan Modal Insan menganjurkan Program
Kejohanan Piala Budak Kampung 2022 pada 27 dan 28 Ogos 2022 bertempat
di Eco Ardence Football Arena, Setia Alam.
Dua kategori dipertandingkan iaitu Bola Sepak 7 sebelah bawah 17 tahun dan
Bola Jaring 3 lawan 3 terbuka. Penyertaan Kejohanan ini mensasarkan 100
pasukan Bola Sepak dan 40 pasukan Bola Jaring dari seluruh 9 daerah Negeri
Selangor dan terbuka kepada mereka yang bermain di luar bandar secara
bersendirian atau berkumpulan.
Inisiatif Kerajaan Negeri melalui program ini adalah untuk memberi peluang
kepada mereka yang tidak berpeluang menyertai kejohanan liga besar dan
memastikan belia, khususnya belia luar bandar yang berpotensi tinggi dalam
sukan agar tidak ketinggalan dalam mengangkat bakat mereka ke peringkat
lebih tinggi.
Dengan penganjuran program ini, diharapkan dapat memberi peluang
kepada belia untuk meningkatkan lagi prestasi sebagai persediaan ke
kejohanan-kejohanan besar dan menjadi platform Kerajaan Negeri untuk
terus mendekati komuniti akar umbi serta menggalakkan rakyat Selangor terus
aktif dalam aktiviti-aktiviti sukan dan kecergasan.