Hari Wartawan Nasional (HAWANA) dengan tema ‘Suara Jelata,
Aspirasi Negara’ disambut pada tanggal 29 Mei setiap tahun. Tahun ini, HAWANA disambut meriah dengan kehadiran YAB Datuk Seri Ismail Bin Yaakob, Perdana Menteri yang hadir memberikan sokongan terhadap sambutan ini.
Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah turut hadir memberikan sokongan dan pengiktirafan kepada wartawan diseluruh tanah air.
“Peranan wartawan adalah sangat penting kerana mereka bekerja tanpa mengira masa dan tempat untuk mendapatkan berita yang sahih, cepat dan tepat,” kata beliau.
HAWANA pada kali ini diadakan di Hotel Hatten, Melaka menyaksikan Kumpulan Media Karangkraf menerima Anugerah Khas yang disampaikan oleh Perdana Menteri. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB Tan Sri TPr Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia; dan Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.