Hotel Tenera, Bangi Buffet yang paling terbaik, tidak rugi datang ketika Ramadhan!

  • February 19, 2023
  • 2 min read
Hotel Tenera, Bangi Buffet yang paling terbaik, tidak rugi datang ketika Ramadhan!

Pastinya pada bulan Ramadhan tidak sah jika tidak menjamu selera di hotel bukan? Disini adalah reviu ikhlas yang pastinya makanannya sangat enak dan ‘berasa’ ya. Pernah tak pergi makan dekat hotel tapi macam taka da rasa apa-apa? Kami janji ini lah tempat yang memang betul betul citarasa asli dan memang sedaplah! Lagi-lagi dari Cef berpengalaman, Chef Sahisal Azrul Mat Said.

Diantara menu-menu yang disajikan bertemakan ‘Selera Warisan Melayu’ lebih 200 hidangan aneka juadah serta 30 gerai makanan bertemakan ‘Sentuhan Ramadhan’.

Hotel Tenera Bangi juga menyediakan menu seperti Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talang Gulai Nanas, Sotong Goreng Percik, Ayam Ungkep, Daging Dendeng, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit, Udang Kelapa Parut, Ayam Kunyit Telur Sarang, Daging Tetel Gulai, Sambal Udang Petai Siseh dan banyak lagi!

Selain itu, masakan asli seperti Ayam Penyek Sambal Lada, Bakso, Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari Kepala Ikan Salmon, Bubur Lambuk Bangi Lama, Sambal Saodah, Oden Celup, Dim Sum, Best In Town Fried Noodles, Pasta World dan macam-macam lagi.

Aneka Western seperti Picolomondo Pizza Kampung, Rojak Buah Padu, Sandwich Island, Gerai Roti, John Tortilla Brisket, Keropek Abe, Cendol Sawit dan Roti Bakar Arang.

Kuih-muih pula seperti cucur, keruk, kuih-muih Melayu, buah-buahan, ais krim, kek serta pelbagai jenis minuman seperti air sejuk, panas dan paling istimewa air kopi gantung.

Penyanyi Datin Alyah turut menjadikan Hotel Tenera sebagai lokasi buka puasa ‘favourite’ kerana rasa masakan dan keaslian makanan di hotel ini dan turut membuat persembahan ketika bulan Ramadhan.

Jadi memang tidak rugi! Jom tempah untuk bulan Ramadhan ini bermula 19 Mac sehingga 25 April 2023 depan. Harga pembelian awal adalah RM88 dan harga asal RM118 untuk dewasa, dan RM58 untuk kanak-kanak.

Sebarang maklumat boleh hubungi talian 03-89299600 atau whatsapp 019-3854796/019-3592796 atau laman sosial facebook dan Instagram @hoteltenerabangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *