IKHLAS Malaysia bantah kemasukan pekerja warga asing

KUALA LUMPUR, 21 JUN 2022 – Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil & Sederhana (IKHLAS) Malaysia, Mohd Ridzuan Abdullah, menyelar tindakan Kementerian Sumber Manusia mengenai isu kemasukan pekerja warga asing di Malaysia.
Tambah Ridzuan, persoalan rakyat Malaysia, adakah Menteri Sumber Manusia telah menipu warga kerja asing Bangladesh dan melakukan penyelewengan duit serta rasuah.
“Nasihat saya supaya kepada polis supaya siasat sedalam-dalamnya, dalam isu ini kerana melibatkan keselamatan negara.
“Menteri perlu diambil tindakan, nama Perdana Menteri (PM) perlu dijaga.
Dalam satu video tular dari aplikasi Whatsapp, seorang pemuda bercakap dalam bahasa tamil mengatakan menteri tersebut mengena cas sebanyak RM 1,000 setiap seorang warga Bangladesh yang masuk ke Malaysia, kemudian naik kepada RM 4,000 seorang.
” Persoalan saya, adakah benar video tersebut? Jika 500 ribu warga Bangladesh dah berapa?
“Menteri Kebajikan Usahawan dan Pekerjaan Luar Negeri Bangladesh, Imran Ahmad menafikan berkenaan 25 agensi yang dilantik untuk kemasukan pekerja warga asing.
“Minta jasa PM tolong buka mulut dalam isu ini kerana takut nama buruk akan terpalit sama danjuga kesannya kepada rakyat,” katanya.