Isu KLIA: Masalah timbul kerana masalah komunikasi – Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan Seni Budaya

  • June 30, 2023
  • 5 min read
Isu KLIA: Masalah timbul kerana masalah komunikasi – Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan Seni Budaya

Baru-baru ini tular pautan berita bertajuk “EKSKLUSIF: Menteri buat ‘kecoh’ di KLIA tuntut pelawat China ditahan imigresen dibebaskan.”

Menteri Pelancongan Seni Budaya, Dato Sri Tiong King Sing berkata, apa yang mengejutkan artikel tersebut turut mengatakan telah memasuki ke dalam ruang ketibaan tanpa memohon pas, sedangkan saya memiliki pas yang sah untuk memasuki kawasan tersebut.

“Jadi mengapa perlu memperbesarkan isu ini dengan memberi persepsi yang salah? Benar, daripada gambar tular itu, memang ianya saya dan saya juga berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada ketika itu selepas menerima aduan daripada pelancong, untuk memahami keadaan ketibaan pelancong asing ke Malaysia, ini pemantauan biasa bagi seorang menteri untuk turun padang.”


“Saya bersyukur, kerana kehadiran saya telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan
penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara.”

“Pada mulanya saya tidak mahu mendedahkan perkara ini kerana sedang bertindak mengikut saluran serta platform yang lebih praktikal.

Namun disebabkan isu ini tular dan ramai pengamal media menghubungi saya, maka ini penjelasannya.

Beliau turut menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduhnya melepaskan pelancong asing yang ditahan oleh pihak imigresen.

“Saya tiada kuasa untuk itu, dan saya hanya
merosakkan reputasi saya sendiri jika berbuat demikian. Saya masih waras dan tahu batas-batas sebagai seorang Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Apa guna saya sebagai Menteri sekiranya saya tidak memberi tumpuan serius terhadap kepentingan negara, tambahan pula ia menjejaskan imej negara dan menakut-nakutkan pelancong asing?

“Jika kita tidak serius dalam isu ini sekarang, sampai bila-bila pun ia tidak akan diselesaikan. Mungkinkah ada segelintir pegawai takut
jika perkara ini terbongkar sehingga memberi kesan kepada.kepentingan peribadi mereka?

“Apa yang berlaku sebenarnya ialah, beliau ditahan tanpa diberikan alasan atau sebab beliau ditahan. Masalah timbul apabila kedua-dua, pihak pegawai imigresen dan pelancong asing tersebut mempunyai masalah komunikasi. Dimaklumkan.bahawa pelancong tersebut telah lengkap segala dokumentasi namun kegagalan komunikasi kedua pihak mengagalkan pihak Imigresen mendapatkan dokumen yang diperlukan dari pihaknya.

“Inilah sebabnya saya membangkitkan tentang isu komunikasi ini sejak bulan Mac lagi menerusi inisiatif menyediakan penterjemah bagi pelancong-pelancong asing yang dari kawasan Timur Tengah, China dan India di pintu masuk negara yang bertujuan memudahkan urusan dan proses semasa ketibaan pelancongan asing agar kecekapan pengurusan negara kita dapat dijamin dan dipuji. Timbul persoalan, kenapa mereka menolak penterjemah yang telah disediakan oleh pihak Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB)?

Tambahnya lagi, dalam lawatan ke KLIA itu, turut membawa pegawai siasatan dari unit integriti di bawah MOTAC.

“Saya merasakan sudah tiba masanya pasukan SPRM masuk ke KLIA1 secara besar-besaran untuk menyiasat apa yang berlaku di pintu masuk utama negara ini.

“Terdapat juga isu mengenai pelancong asing yang tiba di sini dirampas telefon bimbit mereka, tanpa dijelaskan kenapa mereka ditahan. Adakah ia mengikut prosedur dan piawaian dalam undang-undang? Saya juga mendapat maklumat bahawa adanya pegawai yang mengubah akta yang termaktub dalam perundangan mereka sesuka hati ketika di lapangan.

“Malah, wanita yang ditahan tersebut juga tidak diberikan makanan yang sewajarnya ketika ditahan dan ini jelas melanggar undang-undang. Saya difahamkan Wanita tersebut diberi makan hanya sekali sahaja dalam tempoh 15 jam sepanjang ditahan.

“Gambar tular ini juga jelas daripada pihak dalaman agensi sendiri. Kenapa tularkan gambar dengan persepsi tidak tepat dan berita yang berunsur fitnah? Saya ingin menekankan sekali lagi bahawa MCMC mesti menyiasat secara teliti bagi mengetahui pegawai dalaman yang menularkan serta fitnah berhubung gambar-gambar serta maklumat yang ditular.

“Walaupun niat mereka tidak diketahui, maka berkemungkinan mereka terkejut dengan penyertaan SPRM dan bimbang.bahawa “sumber pendapatan” mereka akan terputus atau terancam. Mungkin juga mereka ingin melindungi rakan-rakannya dengan sengaja membocorkan maklumat, membuat tuduhan tanpa asas dan menyebarkan laporan palsu.

“Malah saya turut diberitahu bahawa ada pegawai imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan.

“Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal.

“Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi laluan khas’, manakala RM12,000 untuk kos.memproses visa.

“Semua maklumat ini akan diserahkan kepada SPRM supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej
Malaysia terutamanya di pintu masuk negara.

Dalam masa sama, saya akan membangkitkan perkara ini ke Kabinet termasuk cadangan memansuhkan ejen yang mengendalikan pelancong asing yang ditolak kemasukan (NTL Not To Land) kerana dilihat semakin kronik dengan isu ketidaktelusan serta penyalahgunaan kuasa yang memburukkan imej negara di mata dunia.

Malah kita sepatutnya membatalkan pihak ketiga dalam menguruskan tiket penerbangan bagi tahanan imigrasi di Malaysia dipulangkan ke Tanah Air, dan saya ingin mencadangkan supaya perkara ini boleh ditangani oleh syarikat penerbangan, bagi mengelakkan kejadian negatif serupa ini berulang berlaku.

Selain itu, saya menyeru dan memohon orang ramai agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum
disebarkan.

“Saya yakin kita dapat membersihkan segala ketirisan yang mencemarkan imej negara sekiranya kita semua berganding bahu.

“Saya dan MOTAC akan terus bersama-sama YAB Perdana.Menteri dalam usaha membanteras rasuah serta penyelewengan kuasa di negara ini, walau apa jua cabaran mendatang,” katanya.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *