Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia PRIHATIN bersama MAIWP bantu 2,000 anak-anak Wilayah Persekutuan ke Menara Gading

  • October 3, 2022
  • 2 min read
Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia PRIHATIN bersama MAIWP bantu 2,000 anak-anak Wilayah Persekutuan ke Menara Gading

Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022 (JPKM) merupakan kesinambungan dari
Jelajah Pendidikan Bumiputera yang telah dianjurkan pada tahun 2016 – 2018.


Program yang berbentuk pameran pendidikan ini, melibatkan penyertaan seluruh Universiti Awam (UA) dan Institut Kemahiran Tinggi dalam negara.


JPKM 2022 ini juga merupakan inisiatif & projek khas YAB Perdana Menteri dalam
membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi negara kepada seluruh masyarakat terutama penduduk di Kawasan pedalaman ataupun luar bandar.


Sekretariat JPKM akan menjelajah ke seluruh negara bagi Mencari, Mengenal dan membantu sasaran seramai 50,000 pelajar lepasan SPM tahun 2016 – 2021 yang merupakan anak-anak Keluarga Malaysia yang kurang bernasib baik dan dan kurang berkemampuan dari segi kewangan di seluruh negara.


Bagi Program JPKM Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), pihak PRIHATIN dan MAIWP akan membantu dan membimbing anak-anak asnaf di Kuala Lumpur bagi menempatkan mereka di institusi Pendidikan yang bersesuaian & berkelayakan dengan keputusan mereka.

Oleh itu, JPKM yang diilhamkan oleh YAB
Perdana Menteri telah menyediakan peluang kedua bagi anak-anak Keluarga Malaysia dalam mendapatkan tempat di Institut Pengajian Tinggi yang terpilih supaya
mereka dapat mengubah destini masa hadapan yang lebih cemerlang.


JENIS-JENIS BANTUAN JPKM PRIHATIN-MAIWP Pemberian Cermin Mata Percuma,
Bantuan Awal Tunai Pendidikan Bantuan, Komputer Riba Berjenama, Bantuan Kelengkapan Asas ke IPT (Beg Bagasi)

Alat Tulis dan Buku Nota
Tuala, Cadar dan Selimut
Alat Penjagaan Diri
Pemacu Keras Luaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *