Jom Kunjungi Muzium Petaling Jaya!
Negeri Sarawak Yang dikenali Sebagai Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia, Sarawak bebas dari kolonial British pada 22 Julai 1963.
Lokasi dan sejarah Sarawak telah menghasilkan kepelbagaian etnik, budaya dan bahasa yang luas. Antara penduduk asli Sarawak, pengaruh luar telah membawa banyak perubahan dari masa ke masa.
Dengan ini Muzium Petaling Jaya Majlis Bandaraya Petaling Jaya mengadakan sebuah Pameran Thematik bertajuk ‘Tok Lah Kamek : Melestari Bangsa Menjunjung Budaya’ yang menyinkap sejarah dan misteri masyarakat pribumi yang terdapat di Negeri Sarawak. Jom kita kenali dengan lebih dekat lagi masyarakat pribumi yang hampir pupus ini.
Pameran ini berlangsung pada 1 September 2022 sehingga 31 Mac 2023 bertempat di Galeri C Pameran Thematik Muzium Petaling Jaya. Muzium Petaling Jaya dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan Cuti Umum bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masuk adalah percuma!
Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami ditalian 03-79548122 atau email unitmuzium@mbpj.gov.my.
Jom Kunjungi Muzium Petaling Jaya!