Jualan Amal Buttons and Bows: Diskaun 25% makanan kucing dan Anjing serta nikmati Persembahan Artis Tempatan di Puncak Alam

PUNCAK ALAM,26 APRIL 2025 – Orang ramai yang ada membela haiwan peliharaan kucing atau anjing, inilah masa terbaik untuk mendapatkan pelbagai produk makanan dengan harga diskaun yang ditawarkan. Sambil membeli sambil beramal kerana ini adalah jualan amal Buttons and Bows: Paws of Hope, yang diadakan untuk membantu mangsa-mangsa di Putra Heights.

Menurut wakil Buttons and Bows En Dave gill semasa acara ini berlangsung pelanggan berpeluang menikmati diskaun 25% bagi semua produk yang ditawarkan, termasuk beg 18kg Buttons and Bows Active Super premium Quality yang biasanya dijual pada harga RM277, kini hanya RM207.75. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan makanan kucing dari jenama Taste of the Wild dengan diskaun yang sama, menjadikan harga asal RM188 hanya RM141 untuk masa yang terhad.


Kami bukan sahaja menawarkan harga yang menarik tetapi juga pelbagai produk berkualiti untuk haiwan peliharaan anda. Jenama ini telah bertapak di Malaysia sejak tahun 2005, dan dikenali dengan formula bebas bijirin untuk diet sihat haiwan kesayangan.
Bagi peminat kucing, produk seperti Rocky Mountain menggunakan formula daging rusa sesuai untuk semua peringkat umur, manakala makanan anjing juga ditawarkan dengan diskaun 25%.
Pelanggan yang walk-in berpeluang menikmati diskaun lebih besar serta menikmati persembahan daripada artis tempatan seperti Aidil Aziz, Kazar Saisi, band 30 Cent sera lain-lain. Terdapat juga makanan ringan, kuih-muih, serta minuman seperti kopi dan teh. Bagi mereka yang membeli secara online, diskaun yang ditawarkan adalah 10%, namun tetap berpeluang menikmati persembahan secara Facebook Live atau TikTok Live.


Acara jualan ini hanya berlangsung hari ini dan esok di Eco Perindustrian 5, Puncak Alam. Jangan lepaskan peluang untuk membeli produk berkualiti pada harga istimewa dan dapatkan sampel percuma untuk kucing atau anjing kesayangan anda. Datanglah ke lokasi ini untuk merasai suasana yang penuh dengan keceriaan, pengetahuan tentang pemakanan haiwan, dan tentunya diskaun luar biasa!
Butiran Acara:
Tarikh: Hari ini & Esok (Sabtu & Ahad)
Masa: 10 Pagi – 6 Petang
Lokasi: Eco Perindustrian 5 , Puncak Alam (Waze: Buttons and Boost)
Mari sertai kami dalam menjayakan jualan amal ini, sambil menyokong mangsa-mangsa di Putra Heights!


