Juslan rakyat MYGROCER@WILAYAH yang bermula esok, Tawar harga telor dan Ayam lebih rendah

  • July 13, 2022
  • 2 min read
Juslan rakyat MYGROCER@WILAYAH yang bermula esok, Tawar harga telor dan Ayam lebih rendah

PUTRAJAYA, 13 JULAI 2022 – Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Labuan dan juga Yayasan Wilayah Persekutuan bakalmelaksanakan Program Jualan Rakyat Mygrocer@Wilayah untuk barangan keperluan asas seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan barangan makanan kering di Wilayah Persekutuan.

Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah ini memfokuskan kepada jualan barangan sumber protein utama bersubsidi iaitu ayam dan telur ayam agar rakyat dapat berbelanja pada harga yang lebih rendah daripada harga siling yang ditetapkan kerajaan.

Program ini akan dilaksanakan di setiap Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala di kedai-kedai yang dikenalpasti di Wilayah Persekutuan Labuan selama enam bulan dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM3.48juta.

Kick off jualan akan bermula esok iaitu pada 14 Julai 2022 di PA Sri Johor, Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, jualan ini masih berkonsepkan MyGrocer@Wilayah iaitu penjualan barangan keperluan asas dan barangan makanan kering secara terus daripada pembekal ke kawasan perumahan penduduk. Manakala di Labuan, Program Jualan Rakyat ini akan dilaksanakan melalui peruncit yang telah dikenalpasti oleh Perbadanan Labuan agar rakyat boleh menikmati jualan barangan dengan harga yang lebih rendah.Dianggarkan seramai 147,000 penduduk di 59 buah PPR dan PA di Kuala Lumpur serta 19,000penduduk dari kumpulan B40 di Labuan bakal menerima manfaat menerusi Program Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah ini.

Setiap penerima manfaat mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja. Mereka akan dapat menikmati pembelian seekor ayam dengan kadar subsidi sebanyak RM3 seekor sertadapat berjimat sebanyak RM0.50 sen apabila membeli 10 biji telur ayam Gred B. Melalui program ini, setiap isi rumah dapat menjimatkan kos perbelanjaan barangan dapur sehingga 14.29 peratusbagi setiap pembelian satu ekor ayam dan 10 biji telur.

Kerajaan serta Kementerian Wilayah Persekutuan komited mencari pelbagai kaedah untuk meringankan beban ekonomi Keluarga Malaysia dan mengurangkan kesan inflasi kepada rakyat secara umumnya. Semoga pelaksanaan program ini dapat meringankan beban kos sara hidup terutamanya dalam kalangan B40 di Wilayah Persekutuan.

Orang ramai diseru untuk merebut peluang keemasan bermula pada 14 Julai 2022 (Khamis) jam 4.00 petang hingga 6.00 petang mengikut jadual Jualan Rakyat MyGrocer@Wilayah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *