Inisiatif Perlindungan Tenang perlindungan insurans khas kepada golongan B40

  • July 14, 2022
  • 1 min read
Inisiatif Perlindungan Tenang perlindungan insurans khas kepada golongan B40

Seiring dengan hasrat untuk memperluaskan perlindungan sosial dan menjamin kesejahteraan segenap Keluarga Malaysia, Kerajaan telah melaksanakan inisiatif Perlindungan Tenang iaitu perlindungan insurans khas kepada golongan berpendapatan rendah (B40), bermula 1 Januari 2022.

Program ini bertujuan memastikan golongan B40 yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun ini dapat dibantu tatkala berdepan dengan cabaran kewangan, sekiranya mereka ditimpa kemalangan, kematian atau musibah lain, menerusi manfaat yang telah disediakan.

Di bawah inisiatif ini juga, Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana kepada penyedia perkhidmatan insuran dan pengendali takaful berlesen untuk menawarkan pelan perlindungan kepada individu yang layak.

Bagi menyokong hasrat tersebut, A Tech Insure melalui Tune Protect Malaysia dengan kerjasama PERKESO menawarkan produk Perlindungan Tenang dengan penebusan baucar RM75 yang disediakan oleh Kerajaan.

Kami memohon kerjasama daripada semua majikan untuk memaklumkan manfaat mengenai Program Perlindungan Tenang ini kepada pekerja anda.

Dapatkan Perlindungan Tenang ini segera dan lindungi diri, keluarga dan orang tersayang daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

Sila rujuk atau klik pada pautan di poster untuk maklumat lanjut serta kaedah penebusan skim insuran tersebut sebelum 15 Julai 2022.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk ataupun permohonan ini, sila hubungi Tune Protect Malaysia di talian 1-800-88-5753 atau emel ke hello.my@tuneprotect.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *