Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

KAJIAN MODEL KOPERASI TAMU DESA JADI RUJUKAN PENTING KUSKOP DALAM PENGUPAYAAN KEUSAHAWANAN LUAR BANDAR:EWON

KOTA BELUD, 10 Jun – Kajian mengenai Projek Tamu Desa: Model Koperasi Sebagai
Pengupayaan Keusahawanan Luar Bandar bakal menjadi rujukan penting kepada
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dalam memperkasa
keusahawanan luar bandar, kata Menterinya, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, kajian itu yang akan dilaksanakan oleh Institut Koperasi Malaysia
(IKMa) Sabah, agensi di bawah kementerian dengan kerjasama Universiti Malaysia
Sabah (UMS) akan dijalankan selama enam bulan bermula Jun ini hingga Disember
2025.

“IKMa akan memulakan satu kajian Projek Tamu Desa, model koperasi sebagai
pengupayaan keusahawanan luar bandar bermula bulan ini.

“Kita telah melantik pegawai penyelidiknya melibatkan penyelidik dari IKMa dan juga
UMS yang akan membuat kajian di tapak-tapak Tamu Desa untuk menilai penyertaan
masyarakat serta potensi model koperasi dalam pengurusan dan pembangunan
aktiviti keusahawanan di Tamu Desa tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jom
Coop anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sempena Sambutan Pesta Kaamatan
dan Perasmian Premis Tamu Desa Kampung Melangkap, di Dewan Terbuka Tamu
Desa Melangkap, di sini, hari ini.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *