Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan Kepada Peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021.

  • June 11, 2025
  • 1 min read
Sesi Libat Urus Cadangan Pindaan Kepada Peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021.

Fokus pertemuan ini adalah untuk meminda peruntukan berkaitan sekatan had penggunaan LPG Bersubsidi dalam perdagangan dan perniagaan termasuk mengambil kira keperluan LPG bersubsidi bagi peniaga jualan makanan dan minuman berskala mikro dan kecil.

Pelbagai syor dan pandangan telah dikemukakan saranan kepada semua persatuan mendapatkan pandangan para ahli dan mengemukakan memorandum cadangan kepada Jawatankuasa Teknikal Semakan Pindaan yang dipengerusikan oleh KSU KPDN.

Sebagaimana kelulusan Kabinet pada 5 Jun 2025 terhadap syor KPDN, Kerajaan bersetuju untuk meminda peruntukan PPKB yang diwartakan pada tahun 2021 tersebut, namun perlu ditetapkan perincian terhadap beberapa perkara agar adanya kejelasan undang-undang (clarity of law).

Antara perkara yang perlu dipertimbangkan adalah parameter pindaan berkaitan pendefinisian peringkat perniagaan jualan makanan dan minuman terlibat.

Selain itu, perlu diteliti pertimbangan status pemilikan perniagaan, jumlah keperluan, mekanisme kawalan dan pelaporan, keberkesanan pemantauan dan penguatkuasaan, serta strategi mengekang ketirisan secara menyeluruh.

Sesi libat urus ini disertai oleh 10 persatuan berkaitan. Turut bersama YB Tuan Cha Kee Chin, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Perdagangan Dalam Negeri, Keusahawanan, Kos Sara Hidup dan Pertanian merangkap Ahli Parlimen Rasah.

Putrajaya | Selasa | 10 Jun 2025

#MalaysiaMADANI #SabahMajuJaya #KPDN

PAPARian #DARMA #armizanmohdali #parlimenpapar #KPDNKITA #RahmahItuBerkat #KITAGEMPUR #MADANIBekerja #putrajaya #LPG #Subsidi #ketirisan #opsgasak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *