KARNIVAL JOM HEBOH SEGULAI SEJALAI SARAWAK DISERBU LEBIH 300,000 PENGUNJUNG!

  • January 30, 2024
  • 3 min read
KARNIVAL JOM HEBOH SEGULAI SEJALAI SARAWAK DISERBU LEBIH 300,000 PENGUNJUNG!

Petaling Jaya, 30 Januari 2024 – Sambutan Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak telah mendapat sambutan hangat apabila diserbu lebih 300,000 pengunjung di pekarangan Dataran Perayaan
Petra Jaya, Kuching, Sarawak!

Karnival yang diadakan selama tiga hari berturut-turut ini (26 hingga 28 Januari) berjaya menarik pengunjung dari serata Borneo, termasuk pengunjung dari luar daerah yang sanggup meredah sejauh 700 kilometer untuk sama-sama memeriahkan karnival ini.

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak menjadi lebih istimewa kerana dirasmikan oleh Datuk Sri
Abdul Karim Rahman Hamzah pada hari Sabtu, 27 Januari 2024.

Turut hadir ialah Datuk Seri (Dr) Syed
Hussian Aljunid (Pengerusi Kumpulan, Media Prima Berhad, MPB), Rafiq Razali (Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad MPB) dan Mohd Efendi Omar (Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia) Cuaca hujan selama tiga hari di Kuching, Sarawak tidak menjadi penghalang kepada para pengunjung
untuk bersama-sama meluangkan hujung minggu mereka bersama keluarga tersayang di reruai yang disediakan anjuran Media Prima Berhad. Antara reruai terhangat adalah Studio Tonton Drama Sangat yang
menyediakan pertandingan kebudayaan Sarawak.

Juara Pertandingan Tarian Tradisional telah dirangkul oleh Anak Seni Warisan Kenyalang (Kumpulan 1) yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,500. Manakala di tempat kedua pula ialah Anak Seni Warisan Kenyalang (Kumpulan 2)
(RM1,000) dan tempat ketiga dimenangi oleh Ngalai Borneo (RM500).

Pertandingan Traditional Kostum Kanak-Kanak pula telah dimenangi oleh adik Nursharmimi Izzaty Bt Razi Shariman (16 tahun) dengan hadiah RM300, diikuti oleh Muhd Rafiqi Irsyad Bin Razi Shariman (10 tahun) dengan RM200, dan adik Nurul Syamilia Abdullah (14 tahun) dengan RM100.
Kemunculan selebriti popular tanah air di Studio Tonton Drama Sangat juga disambut mesra oleh pengunjung apabila mendapat peluang untuk bertemu mesra dengan selebriti kegemaran mereka seperti
Nabila Razali (wajah Tonton), Meerqeen (wajah Tonton), Anna Jobling (wajah Tonton), Aidit Noh (Akasia: Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah), Sherry Ibrahim (Filem Tonton: Detik), Raden Zaharatul (Lestary: Hawt
Fellas), Atiq Azman (Lestary: Hawt Fellas), dan Trisha Ooi (Samarinda: Menanti Senja), pembaca berita
Farah Nabilah Wazer (Buletin TV3) dan Mior Abdul Malek (Buletin TV3), personaliti TV9 seperti Nur Affizza Azmi (Buletin TV9), Zaira Sri Zakaria (Buletin TV9), dan Fizo Omar (Nasi Lemak Kopi O) serta artis jemputan Sharifah Shahirah (artis jemputan) dan Hael Husaini (artis jemputan).

Jom Esports Championship yang diadakan buat julung kalinya buat penggemar Mobile Legends juga berjaya menarik perhatian generasi baharu ke Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak. Pertandingan
itu telah dijuarai oleh Foxura OG dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,500. Bagi tempat kedua pula telah dimenangi oleh MOTLEYCRUE (RM1,000) dan tempat ketiga dimenangi GB06 ESports (RM750)

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *