Law Practice of RafiqueAdvocates & Solicitors
KENYATAAN MEDIA
- Setakat jam 5.30 petang, 31.01.2024 waktu Kuala Lumpur, angka kematian
akibat jenayah perang rejim Zionis Israel telah mencecah 26,751 orang, 10,000
daripadanya adalah kanak-kanak, manakala 65,636 orang cedera. - Bantuan dan kempen-kempen kemanusiaan mestilah diteruskan walau apapun
terjadi. Aman Palestin Berhad tidak asing namanya bagi bantuan kemanusiaan
ini di Gaza, Palestin dan juga merentas kawasan berhampiraan Lubnan, Syria
serta Yemen. - Sehingga hari ini dua (2) surat telah diutus ke SPRM pada 27.11.2023 dan
09.01.2024 merayu dan memohon pertimbangan bagi akaun-akaun Aman
Palestin dinyahbekukan untuk tujuan bantuan kewangan dihantar terus kepada
mangsa keganasan perang di Palestin. - SPRM tidak menjawab. Krisis kemanusian meruncing dan ratusan mati setiap
hari. - Hari ini jam 6.57 petang, Aman Palestin Berhad melalui peguamnya, telah
memfailkan: –
(i) Permohonan Semakan Kehakiman (ex parte) terhadap SPRM dan
Kerajaan Malaysia
(ii) Afidavit Sokongan menyokong Semakan Kehakiman
(iii) Penyata Selaras menurut Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012
(iv) Perakuan Segera - Aman Palestin Berhad menyerahkan urusan ini pada sistem Kehakiman untuk
mencapai kebenaran serta sebagai langkah untuk membersihkan namanya dari
tomahan jahat dan dakwaan-dakwaan palsu penyelewengan RM70 juta (yang
dinafikan) - Aman Palestin Berhad sebagai institusi yang dikenali mempelopori bantuan
kemanusian di Palestin dan mempunyai rangkaian persefahaman dengan NGONGO
antarabangsa di Turkey, Syria, Lubnan dan kawasan sekitarnya berharap
rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama terus mempertahankan hak
masyarakat Palestin Allahu Akbar! (أكبر هللا.(
Rafique Rashid
Law Practice of Rafique
31 Januari 2024