Karnival Usahawan Orang Asli 2022 jangka tarik minat pelancong

  • June 10, 2022
  • 2 min read
Ucapan Ybrs.Ketua Pengarah JAKOA

KUALA LUMPUR, 9 Jun 2022 – YB Dato Sri Abdul Rahman bin Mohamad Timbalan Menteri 1, Pembangunan luar Bandar hari ini merasmikan Prapelancaran Karnival Usahawan Orang Asli 2022 (KUOA 2022) sebagai sebuah platform memperkenalkan keunikan produk-produk usahawan dari masyarakat orang Asli kepada orang ramai di Cornerstone IPC, Wisma Golden Eagle Reality, Jalan Ampang.

Karnival yang akan berlangsung selama 3 hari bermula 24-26 Jun 2022 bertempat di bulatan Sulatan Azlan Shah, Amanjaya Meru Ipoh dijangka dapat menarik minat pengunjung untuk mengenali keunikan hasil kraf dan produk-produk daripada 35 usahawan orang Asli yang berasaskan madu dan makanan, Herbs dan pertanian.

“KUO 2022 merupakan salah satu inisiatif Kerajaan untuk memberikan peluang penglibatan yang sama kepada semua, terutamanya masyarakat orang Asli dalam menjana dan meningkatkan ekonomi mereka, seiring dengan Aspirasi kerajaan bagi memastikan warga Orang Asli dapat seiring dengan masyarakat perdana” kata Timbalann Menteri 1, di Pembangunan Luar Bandar, YB Dato Sri Abdul Rahman bin Mohamad pada Majlis Prapelancaran tersebut.

“Sehingga kini, para usahawan dari kalangan Orang Asli telah berjaya mempertingkatkan kualiti dan kuantiti penawaran produk mereka. Sebanyak RM2 juta telah diperuntukkan bagi membantu melahirkan usahawan-usahawan Orang Asli pada tahun ini dengan bantuan pembinaan premis perniagaan, bantuan peralatan perniagaan dan kursus juga seminar keusahawanan. Tambah Ybrs. Puan Hajah Sapiah binti Dato Mohd Nor, Ketua Pengarah JAKOA yakin bahawa KUO 2022 dapat menjadi platform terbaik bagi mereka memperkenalkan produk mereka kepada masyarakat dan pelancong yang sentiasa membanjiri Negeri Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *