Monday, 16 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
118 Meja Himpunkan Tokoh Filem Hong Kong dan Malaysia di Kluang, Dr Kervis Soo Eratkan Hubungan Industri KreatifFrac and SuprAI, a Member of SGX-Listed USP Group,Partner to Build Enterprise AI for Southeast Asia;Frac Receives Malaysia Book of Records RecognitionUniversiti Malaya Anjur Bicara Buku Syed Husin Ali, Cetus Kesedaran Generasi MudaPRESMA: Kembalikan Sistem Penggantian Pekerja Asing, Elak Krisis Tenaga Kerja Berulang

UTV Media Malaysia

Kedai Perabot Tiga Tingkat Terbakar di Bukit Bintang, 70 Peratus Musnah

KUALA LUMPUR, 22 Mac — Sebuah kedai perabot tiga tingkat di Bukit Bintang musnah dalam kebakaran lewat malam tadi, dengan anggaran kemusnahan mencecah 70 peratus.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 10.58 malam.


Susulan itu, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dengan bantuan dari BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Jalan Tun Razak telah dikerahkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.


Komander Operasi, PgKB II Vijayen A/L Marimuthu berkata kebakaran melibatkan premis kedai perabot serta barangan minyak wangian, dengan api merebak di tingkat bawah dan tingkat dua bangunan berkeluasan kira-kira 50 x 50 kaki persegi.
Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat atau terperangkap dalam kejadian tersebut.


Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik bomba.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *