KUALA LUMPUR – Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi tentang keluarga, pengorbanan dan harapan. Dalam keadaan rakyat berdepan kos sara hidup, Wanita KEADILAN menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengutamakan rakyat, bukan kepentingan segelintir.
Kerajaan MADANI tidak sekadar berjanji, tetapi bertindak. Pemberian diskaun tol 50 peratus memberi kelegaan kepada rakyat untuk pulang ke kampung tanpa beban kos yang tinggi.
Pada masa sama, pelepasan kebankrapan secara Fast Track yang melibatkan lebih 4,000 individu membuktikan kerajaan memberi peluang kedua dan menjaga maruah rakyat.
Subsidi RM2 bilion sebulan bagi mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter pula menunjukkan komitmen kerajaan terus melindungi rakyat daripada tekanan kenaikan harga minyak.
Wanita KEADILAN juga percaya bahawa kepimpinan berintegriti bukan sahaja diukur melalui apa yang diberikan, tetapi juga melalui kesanggupan untuk berkorban. Usaha mengurangkan pembaziran, termasuk penganjuran program sambutan yang berlebihan, mencerminkan keutamaan kerajaan bahawa setiap sen adalah amanah rakyat.
Wanita KEADILAN menegaskan bahawa tadbir urus berhemat dan beramanah membolehkan hasil negara disalurkan semula kepada rakyat secara lebih berkesan, sekali gus memastikan manfaatnya dirasai secara menyeluruh.
Ini bukan sekadar pentadbiran, tetapi satu perjuangan untuk memastikan hasil negara kembali kepada rakyat serta membina Malaysia yang lebih adil dan berperikemanusiaan.
Wanita KEADILAN akan terus menyokong Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk kekal berhemat, beramanah dan berintegriti.
Datuk Ginie Lim
Ketua Penerangan Wanita KEADILAN
18 Mac 2026



