“Tak Payah Jadi Terpaling ‘Fed Up’ – Ambil Pengajaran Drama Tempatan” – Sarimah Ibrahim

KUALA LUMPUR – Personaliti terkenal, Sarimah Ibrahim tampil bersuara mengenai sikap segelintir penonton yang gemar mengkritik drama tempatan tanpa menonton secara menyeluruh.
Menerusi perkongsiannya di Threads, beliau menegaskan bahawa setiap karya membawa mesej tersendiri yang wajar difahami sebelum dinilai. Menurutnya, industri drama tempatan sentiasa berusaha menghasilkan karya terbaik walaupun berdepan pelbagai kekangan, dan memerlukan sokongan penonton sendiri.


Dalam masa sama, beliau turut menegur kecenderungan membandingkan drama tempatan dengan produksi luar negara. Katanya, setiap penonton mempunyai citarasa berbeza dan tidak semua karya perlu diukur dengan standard yang sama.
Mengulas lanjut, Sarimah menjelaskan bahawa banyak jalan cerita drama sebenarnya mencerminkan realiti kehidupan masyarakat. Bagi sesetengah individu, drama menjadi medium untuk memahami emosi dan memproses pengalaman hidup.


Beliau turut menasihatkan penonton agar menonton sesebuah siri sehingga tamat sebelum membuat penilaian, bagi memahami keseluruhan mesej yang ingin disampaikan.
Kenyataan itu dilihat sebagai respons terhadap kritikan bahawa drama tempatan sering mengangkat tema klise seperti konflik rumah tangga.


Sementara itu, drama Bila Cinta Menjadi Dosa kini bersiaran di TV3 setiap Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam, dan turut boleh distrim lebih awal di Tonton.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *