Kerajaan Madani sepatutnya untuk semua bukan hanya untuk rakyat atau bangsa tertentu!

  • April 18, 2023
  • 1 min read
Kerajaan Madani sepatutnya untuk semua bukan hanya untuk rakyat atau bangsa tertentu!

Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong menghargai usaha yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke menurunkan harga tiket penerbangan semasa Tahun Baru Cina lalu.

Menurut Mak, beliau berharap usaha yang sama dapat dilakukan oleh Menteri Pengangkutan itu sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi bagi meringankan beban masyarakat Muslim pulang beraya ke kampung.

“Kerana sebelum ini saya melihat Anthony Loke bertungkus lumus memastikan harga tiket penerbangan turun semasa Perayaan Tahun Baru Cina.

“Kerajaan Madani sepatutnya untuk semua bukan hanya untuk rakyat atau bangsa tertentu. Begitu juga Menteri Pengangkutan untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jangan melaksanakan amanah rakyat mengikut musim tertentu. Sebagai Menteri Madani harus peka akan masalah atau senario yang akan berlaku ketika musim perayaan

Mak menambah, Kerajaan Madani perlu peka dan mengambil langkah yang menguntungkan rakyat dalam menangani isu ini.

“Saya perlu bersuara sekiranya ada Menteri mempunyai sikap tidak bertanggungjawab kerana Perikatan Nasional memperjuangkan kebajikan dan keprihatinan untuk semua rakyat Malaysia” tegasnya.

SETIAUSAHA AGUNG GERAKAN
MAK KAH KEONG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *