Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap Kewangan Awam

  • April 26, 2023
  • 2 min read
Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap Kewangan Awam


26 APRIL 2023

Presiden Nasional GERAKAN YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mengikut tradisi yang telah ditetapkan dengan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor. Program ini bukan hanya akan membazirkan wang negara, tetapi ia juga termasuk dalam agenda mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Beliau berkata, perbelanjaan program untuk Perdana Menteri ini melibatkan penggunaan wang Kerajaan, tetapi ia tidak pernah didedahkan.

“Walaupun program itu sepatutnya untuk Hari Raya Aidilfitri, tetapi orang juga tahu bahawa program Rumah Terbuka ini adalah untuk membantu Kerajaan Campuran bagi menjalankan kempen dan tarik undi untuk PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi.”

“Kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap Kewangan Awam. Ini juga termasuk dalam perbelanjaan Kerajaan untuk rakyat, bukan menyalahgunakan dana untuk kepentingan peribadi parti politik” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dominic Lau menegaskan bahawa Perikatan Nasional (PN) mempunyai tanggungjawab untuk menyemak penggunaan dana Kerajaan Campuran supaya dapat melindungi kepentingan rakyat yang membayar cukai.

“Bukan sahaja GERAKAN mengkritik Perdana Menteri, Ketua Penerangan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Luqman Long pun mengkritik terhadap isu tersebut”.

“Untuk pengetahuan semua, Luqman Long telah meletakkan jawatan sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas (Strategik) kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Beliau berani membela kepentingan rakyat dan patut menjadi contoh”.

Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia meminta Perdana Menteri mendedahkan butiran perbelanjaan program Rumah Terbuka Aidilfitri 2023 yang akan diadakan di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor untuk semakan oleh parti pembangkang dan rakyat bagi memastikan dana itu tidak disalahgunakan untuk kepentingan peribadi parti politik.

YB SENATOR DATUK DR. DOMINIC LAU HOE CHAI
PRESIDEN NASIONAL PARTI GERAKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *