Kerajaan setuju teruskan empat projek di bawah ECERDC – PM

  • September 9, 2022
  • 1 min read
Kerajaan setuju teruskan empat projek di bawah ECERDC – PM

Tumpat: Kerajaan bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan empat projek di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap di Laman Warisan Kampung Laut, di sini hari ini.

Projek itu meliputi projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) yang bermula dari Gemuroh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan sejauh 147km dan Projek Tebatan Banjir di Rantau Panjang-Golok Fasa 2 yang telah diluluskan dengan kos sebanyak RM897 juta.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju untuk melebarkan jalan bagi projek Lebuhraya Kuantan, Pahang – Segamat, Johor Fasa 2 yang melibatkan jajaran dari Runchang ke Simpang 3 Keratong sepanjang 51 km.

Kerajaan juga akan membangunkan kawasan bandar-bandar bersempadan dengan Thailand iaitu membina jambatan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Jambatan Tak Bai-Pengkalan Kubor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *