MY STAR AWARD 2026 Dilancar: Pengiktirafan taraf Nasional julang Bintang Muda Malaysia

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN – Malaysia melakar satu lagi langkah besar dalam pembangunan bakat muda apabila Malaysia Young Star Award 2026 (MY STAR AWARD) dilancarkan secara rasmi menerusi majlis Soft Launch yang berlangsung dengan penuh meriah di Klana Resort, Seremban.

YM Dato’ Paduka Seri Amb. Dr. Hasnizal Hj Hassan, Timbalan Presiden Yayasan Tengku Jaril Sulaiman menerima cenderahati dari pihak penganjur

Program ini dianjurkan oleh JC Scope Marketing dengan kerjasama Pertubuhan Inovasi Cemerlang (PIC) serta sokongan beberapa syarikat korporat. Majlis julung kali ini bertujuan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan remaja berpotensi tinggi daripada pelbagai kaum yang telah mencipta kejayaan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

Secara rasminya penyertaan permohonan dibuka hari ini softlaunch dan akan berakhir pada bulan Mei, anjuran majlis akan dilakukan pada bulan Oktober 2026.

YM Dato’ Paduka Seri Amb. Dr. Hasnizal Hj Hassan

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Mulia Dato’ Paduka Seri Amb. Dr. Hasnizal Hj Hassan, Timbalan Presiden Yayasan Tengku Jaril Sulaiman. Turut hadir ialah Encik Izwandy Nordin, Pengurus Besar Klana Resort Seremban, serta beberapa tokoh korporat tempatan dan antarabangsa.

Dalam ucapan aluan pembukaan, YBrs. Tuan G. Jaichandaran Gopala, Pengasas JC Scope Marketing merangkap Presiden PIC, memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana majlis tersebut bukan sahaja melancarkan MY STAR AWARD 2026, malah memperkenalkan buku MY STARPEDIA edisi pertama.

YBrs. Tuan G. Jaichandaran Gopala, Pengasas JC Scope Marketing merangkap Presiden PIC

“MY STARPEDIA menghimpunkan kisah sebenar perjalanan, cabaran dan kejayaan anak-anak muda berbakat di Malaysia. Ia bukan sekadar sebuah buku, malah menjadi sumber rujukan, motivasi dan inspirasi kepada generasi muda serta semua pihak yang terlibat dalam pembangunan belia,” katanya.

Menurut beliau, tujuan utama pengenalan MY STAR AWARD 2026 dan MY STARPEDIA adalah untuk menyediakan satu platform berstruktur bagi membimbing generasi muda ke arah pembangunan diri yang lebih progresif dan tersusun, anugerah juga akan diberi kepada ibu bapa kerana peranan mereka dalam mendidik anak anak selaras dengan keperluan industri serta aspirasi negara.

Sehubungan itu, pihak JC Scope Marketing merancang untuk menganjurkan Majlis Penganugerahan MY STAR AWARD pada bulan Oktober ini, selain meneruskan penerbitan MY STARPEDIA sebagai dokumentasi kisah-kisah inspirasi anak muda berpotensi tinggi dari seluruh negara.

Yang Mulia Dato’ Paduka Seri Amb. Dr. Hasnizal Hj Hassan dalam ucapan beliau memuji pihak penganjur atas idea history biografi bakat, ini akan memberi sumber inspirasi kepada setiap anak muda di Negeri Sembilan juga seluruh negara. “Ilham dan sumber motivasi terlahir dan direkodkan dalam buku ini akan digunakan untuk tahun tahun berikutnya dalam mencapai kejayaan cemerlang. Ini adalah pertama kali berlaku di Malaysia dan pasti akan mendapat sokongan penuh dari setiap pihak”. Katanya

Majlis Soft Launch MY STAR AWARD 2026 ini membuktikan komitmen penganjur dalam membina ekosistem yang lebih progresif bagi mencungkil, mengiktiraf dan mengembangkan bakat kanak-kanak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Untuk tahun tahun yang mendatang diharap penganjuran MY STAR AWARD dapat dijadikan acara tahunan melalui kerjasama berterusan antara JC Scope Marketing dan PIC, sekali gus menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk terus percaya pada potensi diri dan melangkah ke platform yang betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *