Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Komposer Indonesia pencipta lagu Kris Dayanti, Agnes Monica tuntut hak cipta RM3 juta terhadap syarikat rakaman di Malaysia.

KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2024 -Komposer Asal Indonesia, Ari Bias membuat tuntutan hak cipta sebanyak RM3 juta terhadap syarikat rakaman di Malaysia, Insictech Musicland Sdn Bhd kerana pelanggaran hak cipta lagunya yang bertajuk Arti Cintamu, penyanyi oleh Ressa Herlambang yang di telah disalahgunakan sejak dari tahun 2012 lagi.

LINK LIVE FACEBOOK https://www.facebook.com/share/v/HyWi9q5KxtfEtkGQ/?mibextid=qi2Omg

Ari Bias juga merupakan pencipta lagu Wahai Kekasih, OST Suri Hati Mr Pilot, pencipta lagu Kris Dayanti dan Agnes Monica tampil untuk menuntut hak rekacipta lagunya di Malaysia.

Menurutnya, lagu tersebut telah digunapakai secara haram sejak 2012, selain dengan bukti yg kukuh beliau berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak label syarikat rakaman tersebut.

Sidang media Komposer terkenal Indonesia bersama peguam berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia

“Saya datang jauh dari Indonesia untuk memperjuangkan hak saya sebagai pencipta lagu ini kerana banyak kerugian yang dirasai,” katanya.

“Saya sudah banyak bekerjasama dengan pelbagai label syarikat rakaman di Malaysia, namun hanya satu syarikat ini (Insitech Musicland) yang melanggar hak cipta serta menyalahgunakan lagu ini secara haram, ” katanya.

Mengikut beliau, pencipta lagu masa kini harus berani untuk bersuara kerana ada undang-undang yang akan melindungi jika belaku sebarang pelanggaran hak cipta lagu.

Tambahnya, jika tiada tindakan yang dilakukan oleh syarikat rakaman tersebut, pihaknya akan segera melaporkan kepada pihak polis dan akan menuntut ganti rugi melalui court.

“Saya berharap Insitech Musicland Sdn Bhd memandang serius tuntutan ini dan dapat berbincang dan membuat tindakan dengan kadar segera,” katanya.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *