Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Decathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.JWN Anjur Tiga Program Perdana Perkukuh Pengurusan dan Pelestarian Warisan Negara

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

KPDN Sokong Inovasi Servis Automotif Bergerak, Tekan Ketelusan Harga & Perlindungan Pengguna

Berita Terkini Semasa admin 0 bacaan 0 komen

PUTRAJAYA, 16 April 2026 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyatakan sokongan terhadap perkembangan perkhidmatan automotif bergerak, termasuk servis penggantian bateri kenderaan, yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna selari dengan kemajuan teknologi.


Menurut KPDN, pelancaran PitStop BateriKu ke-250 di Presint 15, Putrajaya hari ini menjadi antara langkah penting dalam memperluas akses kepada perkhidmatan automotif yang lebih pantas, mudah dan berasaskan digital menerusi aplikasi khas.
Inisiatif tersebut bukan sahaja memudahkan pengguna mendapatkan servis secara terus di lokasi tanpa perlu ke bengkel, malah turut membuka peluang ekonomi baharu melalui model perniagaan berteraskan keusahawanan dan ekonomi gig.


Perkhidmatan automotif bergerak ini menawarkan penyelesaian segera khususnya dalam situasi kecemasan, dengan sokongan rangkaian teknisyen bergerak yang memastikan operasi berjalan secara efisien dan profesional.
Dalam masa sama, KPDN menegaskan bahawa semua penyedia perkhidmatan wajib mematuhi undang-undang sedia ada termasuk Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 bagi memastikan setiap transaksi dilakukan secara telus, beretika dan tidak mengelirukan.
“Ketelusan harga adalah aspek kritikal. Sebarang penetapan harga mestilah munasabah dan bebas daripada unsur pencatutan, selaras dengan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011,” menurut kenyataan itu.


KPDN turut menekankan bahawa pengguna berhak mengetahui harga, spesifikasi produk serta tempoh jaminan sebelum membuat keputusan mendapatkan perkhidmatan.
Sehubungan itu, kementerian akan terus memantau perkembangan sektor ini bagi memastikan keseimbangan antara inovasi industri dan perlindungan pengguna sentiasa terpelihara.
Orang ramai juga disaran mendapatkan perkhidmatan daripada penyedia berdaftar dan berintegriti serta membuat semakan terlebih dahulu sebelum bersetuju dengan sebarang tawaran.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *