SHAH ALAM – Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini secara rasmi membuka semula Kafeteria Kompleks Sukan UiTM yang kini berwajah baharu dan dikendalikan oleh operator terkenal, Restoran Hakim.
Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili bin Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) merangkap Presiden Persatuan
Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM.
Pembukaan semula kafeteria ini merupakan satu pencapaian signifikan selepas premis tersebut
ditutup selama hampir dua tahun.
Melalui kerjasama strategik antara Unit Pengurusan Ruang Niaga UiTM, Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM dan Hakim Cafe, ruang tersebut telah dinaiktaraf menjadi lebih moden dan eksklusif bagi memenuhi keperluan generasi
terkini.ediaan diaan Kejohanan Besar:
Kemudahan ini siap sedia bagi menyambut dua acara sukan besar yang bakal atif Mesra Mahasiswa: Prof. Dr. Haji Mohd Sazili menekankan agar pihak operator
mengekalkan piawaian kebersihan yang tinggi serta memastikan harga makanan kekal “mesra poket” khusus untuk mahasiswa.
Dalam ucapannya, Prof. Dr. Haji Mohd Sazili menzahirkan penghargaan kepada Jabatan Pembangunan dan Pusat Sukan UiTM yang telah memastikan kerja-kerja menaiktaraf dijalankan mengikut prosedur universiti.
Beliau turut berharap agar seluruh warga kampus dapat bersamasama menjaga fasiliti kafeteria tersebut demi keselesaan bersama.

Turut hadir menyerikan majlis adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan; Pemilik Restoran Hakim, Datuk Hakimsa; Pengasas Karangkraf, Datuk Haji Husamuddin Yaacob; serta Datuk Akbardin Abdul Kadir.