KPN anjur pertandingan melukis mural Negara bangsa peringkat Kebangsaan 2026

PUTRAJAYA, 26 Februari – Kementerian Perpaduan Negara (KPN)
melalui Arkib Negara Malaysia (ANM) menganjurkan Pertandingan Mural
Negara Bangsa Peringkat Kebangsaan 2026. Pertandingan ini dibuka
bermula pada 23 Februari sehingga 28 Jun 2026.

Tema ”Bersama Membina Negara Bangsa” telah dipilih bagi tahun 2026
selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI melalui Rancangan Malaysia
Ketiga Belas (RMK-13) yang turut mengangkat pembinaan negara bangsa
sebagai salah satu tonggak utama pembangunan rakyat dan negara.

Negara bangsa amat penting untuk Malaysia pada masa kini kerana ia
menjadi asas kepada iaitu keamanan, perpaduan, kestabilan, dan
keharmonian sebuah negara yang majmuk.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan dan Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan.

Pelbagai hadiah menarik disediakan kepada para pemenang di samping sijil
penyertaan turut diberikan kepada para peserta pertandingan. Pertandingan
ini adalah sebahagian usaha untuk meningkatkan semangat
kenegaraan dalam kalangan generasi muda terutamanya pelajar
sekolah.

Para peserta yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai
pertandingan ini boleh dilayari laman media sosial rasmi Arkib Negara
Malaysia atau imbas pada kod yang tertera di poster yang disertakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *