KSM & PERKESO ziarah waris mendiang Encik Vijaya Kumaran

  • September 18, 2021
  • 1 min read
KSM & PERKESO ziarah waris mendiang Encik Vijaya Kumaran

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersama agensinya Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan turun padang bagi menziarahi waris mendiang Encik Vijaya Kumaran A/L T.Veerasamy, 52 tahun yang meninggal dunia akibat komplikasi pada otak pada di kediamanmangsa di Puchong, Selangor.

Mendiang Vijaya sebelum ini telah terlibat dalam satu kemalangan semasa pulang dari bekerja,lalu menyebabkan mendiang mengalami kecederaan otak traumatik teruk (Severe Traumatic Brain Injury) pada 12 April 2020. Susulan kejadian tersebut, mendiang terpaksa menjalani pembedahan implan tempurung kepala dan telah menjalani rawatan perubatan di hospital.

KSM yang diwakili Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan sempat menziarahi mendiang di hospital pada November tahun lepas bagi menyerahkan sendiri faedah PERKESO kepada mendiang. Bagaimanapun, umur mendiang tidak panjang dan setelah semakan dibuat, warisnya layakmenerima faedah PERKESO.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *