KULIT NIPIS, INTI BANYAK AIRNYA, EMPAT CARA MENIKMATI: PAPA BEAR’S DIBUKA DI PAVILION BUKIT JALIL

KUALA LUMPUR, 4 November 2026 – Penggemar makanan berasaskan ladu kini mempunyai destinasi baharu untuk diterokai apabila PAPA BEAR’S, jenama makanan dan minuman yang dilahirkan di Malaysia, secara rasminya membuka restoran pertamanya di dunia di Lot 1.69.00, Aras 1, Pavilion Bukit Jalil, di sini.

Menampilkan keistimewaan ladu segar yang dibalut dengan tangan setiap hari, PAPA BEAR’S menawarkan pengalaman menikmati hidangan tradisional itu dengan sentuhan tersendiri menerusi kulit ladu yang nipis dan lembut, selain inti yang padat, berjus serta kaya dengan rasa.

Lebih menarik, pelanggan boleh menikmati kelazatan ladu menerusi empat pilihan penyediaan iaitu direbus, digoreng menggunakan kuali, digoreng rangup atau dihidangkan bersama sup, sekali gus memberikan pengalaman berbeza mengikut cita rasa masing-masing.

Keistimewaan sajian PAPA BEAR’S turut terletak pada resipinya yang dibangunkan khas oleh cef dari restoran yang tersenarai dalam MICHELIN Guide Beijing 2026 sebelum disesuaikan dengan selera rakyat Malaysia.

Pilihan intinya juga cukup menyelerakan dengan gabungan bahan seperti ayam, udang, ikan tenggiri dan daging lembu Wagyu yang memberikan variasi rasa kepada pelanggan.

Berbeza daripada hidangan ladu biasa, setiap sajian disediakan dengan penekanan terhadap kesegaran bahan, kemahiran penyediaan dan kualiti bagi memastikan pelanggan dapat menikmati keenakan dalam setiap gigitan.

Mengangkat konsep makanan sebagai medium penyatuan masyarakat, PAPA BEAR’S percaya hidangan yang enak bukan sekadar memenuhi selera, malah mampu mengeratkan hubungan keluarga dan sahabat melalui momen menikmati makanan bersama.

Seiring dengan falsafah tersebut, restoran ini menjadi destinasi santai untuk pelbagai lapisan masyarakat, sama ada berkunjung bersama keluarga, rakan-rakan mahupun menikmati hidangan ringkas ketika membeli-belah di Pavilion Bukit Jalil.

Menariknya, PAPA BEAR’S turut menawarkan jaminan kepuasan pelanggan dengan tidak mengenakan caj perkhidmatan. Sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan hidangan yang diterima, pihak restoran bersedia menukar hidangan atau memulangkan wang tanpa memerlukan sebarang alasan.

Tawaran Istimewa Sempena Pembukaan

Bagi memeriahkan pembukaan rasminya, PAPA BEAR’S turut memperkenalkan promosi istimewa dari 4 hingga 9 November 2026 bermula jam 1 tengah hari pada hari pertama pembukaan.

Menerusi tawaran itu, pelanggan hanya perlu menambah RM1 dengan sebarang pembelian untuk menikmati enam biji Ladu Ayam Daun Kucai.

Bagaimanapun, promosi berkenaan terhad kepada 100 pelanggan pertama sahaja, dengan satu hidangan bagi setiap pelanggan, untuk makan di restoran dan tertakluk kepada stok yang masih ada. Tawaran itu juga tidak boleh digabungkan dengan promosi lain.

Bermula di Malaysia, Menuju Lebih Jauh

Sebagai jenama yang berakar dari Malaysia, PAPA BEAR’S meletakkan pembukaan restoran pertamanya di Pavilion Bukit Jalil sebagai langkah permulaan untuk memperkenalkan keistimewaan ladu segar kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Jenama itu turut menyasarkan pembukaan lebih banyak cawangan pada masa hadapan bagi membawa pengalaman menikmati ladu buatan tangan ke lebih banyak lokasi di seluruh negara.

Berteraskan slogan “Menghasilkan keenakan dengan sepenuh hati, menjadikan kelazatan sebahagian daripada kehidupan seharian”, PAPA BEAR’S berharap dapat menjadikan setiap kunjungan bukan sekadar pengalaman menikmati makanan, tetapi juga peluang mencipta kenangan bersama insan tersayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *