KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan 2025 untuk kedua-dua jenis simpanan, Konvensional dan Shariah.
Kadar tersebut lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.
Bagi Simpanan Konvensional, jumlah agihan yang diumumkan adalah sebanyak RM67.1 bilion, manakala Simpanan Shariah melibatkan agihan berjumlah RM12.5 bilion.
Secara keseluruhan, jumlah agihan dividen KWSP bagi tahun 2025 adalah sebanyak RM79.6 bilion.



