Lovena Love ‘Teruja’ di Genting Highland : Duta Kecil Norras Travel Viral curi tumpuan pengunjung Genting Highland.(Perkenal Destinasi Menarik dan Promosi Eksklusif untuk Pelancong tempatan dan Antarabangsa)

  • April 24, 2025
  • 3 min read
Lovena Love ‘Teruja’ di Genting Highland : Duta Kecil Norras Travel Viral curi tumpuan pengunjung Genting Highland.(Perkenal Destinasi Menarik dan Promosi Eksklusif untuk Pelancong tempatan dan Antarabangsa)

Genting Highland, 23 April 2025 – Gempar! Si comel genit ‘Lovena Love’ yang viral mempunyai jutaan pengikut menjadi tumpuan ramai ketika mengunjungi Bukit Tinggi dan Genting Highland.

Tik tok : Lovena Love

Sesiapa yang melihatnya pasti merasa geram, ingin mencubit mesra pipinya ketika beliau beraksi ‘Catwalk’ untuk tujuan promosi Norras Travel and Tour Sdn Bhd, siapa je yang tak jatuh hatikan?

Kenapa semua orang bercakap tentang Lovena Love?

Baru-baru ini, Datin Dr. Raskidah Ali yang merupakan pengasas Norras Travel & Tour Sdn Bhd telah membawa rombongan percutian dari Aceh dan Bandung, Indonesia termasuk ibu bapa Lovena Love atau nama sebenarnya Lovena Azzahr Putri Aulya untuk melihat merasai sendiri pengalaman manis yang tidak akan dilupakan di Bukit Tinggi dan Genting Highland, Malaysia.

Rombongan dari Aceh dan Bandung

Lovena Love yang berusia 6 tahun telah dilantik menjadi duta kecil rasmi bukan sekadar pandai berjalan seperti model berpengalaman namun berlakon untuk sesi pengambaran promosi Travel berjalan lancar tanpa perlu banyak ulangan.

Selepas melawat Bukit Tinggi dan Genting Highland mereka dibawa pula ke i-City Shah Alam bermain ais salju dan pastilah yang paling penuh keterujaan ialah Lovena Love sendiri sehingga tidak mahu pulang.

Duta kecil NorrasTravel & Tour Sdn Bhd
Merdeka 118
Genting Highland

Dalam sesi temuramah khas Datin Ras telah mengumumkan inisiatif terbarunya, sebuah program pelancongan inbound eksklusif yang kini mula menarik pelancong dari negara-negara seperti New Zealand, Eropah, serta rantau Asia Tenggara termasuk Singapura dan Indonesia.

Cable car menuju ke Genting Highland

Program ini disokong oleh rangkaian wakil Norras Travel & Tour di seluruh dunia, termasuk London, Bandung, Jakarta, dan Aceh.

Destinasi pilihan seperti Genting Highland dan Colmar Tropical, dengan fokus untuk mempromosikan lokasi yang bukan sahaja indah, tetapi juga mesra bajet.

Datin Dr.Raskidah Ali

Menurut pengasas Norras Travel & Tour, Datin Dr. Raskidah Ali destinasi seperti Colmar Tropicale di Bukit Tinggi menawarkan suasana seakan Eropah, dengan suhu yang nyaman dan pemandangan menawan – sesuai untuk pelancong yang inginkan pengalaman unik tanpa perlu berbelanja besar.

Antara tarikan utama dalam program Norras Travel & Tours termasuk lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Melaka, keindahan pantai di Penang, serta syurga membeli-belah di Premium Outlets seperti di Genting Highlands, di mana pelancong boleh mendapatkan barangan berjenama seperti Coach, Gucci, Michael Kors, dan Ralph Lauren dengan potongan harga sehingga 70%.

Melaka
Kuala Lumpur
Penang

“Ramai pelancong dari negara jiran sangat berpuas hati dengan pakej dan harga barangan yang ditawarkan di sini. Kami bukan sekadar membawa pelancong, tetapi memberi pengalaman gaya hidup yang eksklusif dan mampu milik,” ujar pengasas Norras Travel & Tour.

Selain itu, Norras Travel & Tour turut memperluaskan rangkaiannya ke negara-negara “Tantan” seperti Kazakhstan – sebuah negara Islam dengan pemandangan menakjubkan dan budaya yang memukau. Perjalanan ke sana dijangka menawarkan kos satu pertiga lebih rendah berbanding melancong ke negara Eropah Barat.

London

Bagi setiap lawatan sulung atau debut trip, pelanggan juga bakal menikmati diskaun khas RM500, sama ada dalam bentuk potongan harga atau baucar tunai yang boleh digunakan sepanjang perjalanan.

Dengan pendekatan mesra pelanggan, penyesuaian pakej mengikut bajet, serta fokus kepada perkhidmatan VIP, Norras Travel & Tour kini menjadi pilihan utama untuk pelancong yang mahukan keselesaan dan nilai terbaik dalam satu pengalaman.

i-City Shah Alam

Adakah anda ingin melancong gaya eksklusif & penuh kenangan seperti Lovena? Tempah bersama Norras Travel, pilihan pelancongan No. 1 dari Aceh ke Malaysia!

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, pelanggan boleh mengikuti pengumuman terkini di platform rasmi Norras Travel & Tour atau menghubungi wakil sah mereka di seluruh dunia.

Ikuti jejak Lovena Love – Duta Kecil Viral yang menceriakan dunia!

Hubungi kami sekarang:
WhatsApp: 0111013 8043
Instagram: @norrastravel
TikTok: @norrastravel.official

LovenaLove #DutaKecilNorras #NorrasTravel #TravelViral #AcehToMalaysia #iCity #BukitTinggi #GentingHighlands

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *