Majlis Pelancaran 9KJ & Malam Apresiasi Trishya & Co

  • July 31, 2024
  • 2 min read
Majlis Pelancaran 9KJ & Malam Apresiasi Trishya & Co

Malam Gilang Gemilang di Raikan untuk agen-agen Trishya & Co Trishya & Co telah memperkenalkan pelan simpanan emas yang disasarkan kepada golongan belia.

Meneruskan kesinambungan, terkini Trishya & Co melancarkan produk terbaru mereka yang dikenali sebagai 9KJ by Trishya & Co (9K Jewellery).

Disamping memupuk budaya menabung dan kesedaran kewangan, inisiatif ini menggalakkan pelaburan emas dilakukan secara bijak.

Diasaskan bersama oleh Datin Dr. Raskidah Ali dan Nayli Batrishya Norbik Bashah, jenama Trishya & Co ini merupakan refleksi kepada gabungan identiti dan warisan budaya Malaysia melalui rekaan barangan kemas unik disamping menggalakkan literasi kewangan dalam kalangan belia.

Dengan menggabungkan elemen budaya Malaysia dalam setiap rekaan, Trishya & Co dengan tema tersendiri “Where Passion Meets Precision, Adorn Yourself in Artisanal Jewels,”

Koleksi ikonik Trishya & Co, “Links of Malaysia (LOM),” menampilkan loket pesona yang diinspirasikan daripada makanan tempatan dan simbol budaya, seperti bahulu, kuih lapis, durian, wau bulan, dan gong.

Dengan pilihan tawaran tempahan bermula serendah RM200 dalam tempoh simpanan antara enam hingga dua belas bulan, pelan ini membolehkan pelanggan beransur-ansur mengumpul barangan kemas emas dan memiliknya selepas tamat tempoh simpanan, menjadikannya pilihan pelaburan yang mudah diakses.

Trishya & Co telah dianugerahkan gelaran ‘Custom-Made Jewellery Brand of The Year 2023’ di Anugerah IDEA (Islamic Distinguished Entrepreneur), satu pengiktirafan terhadap hasil inovasi dan kreativiti yang luar biasa.

Pengasas Trishya & CO, Datin Dr. Raskidah Ali berkata, kami ingin mencari franchise setiap negeri secara besar-besar seluruh negeri di Malaysia.

“Disebab kan harga emas melambung tinggi, saya Ilham kan rekaan 916 menggunakan 9 karat supaya jadi mampu milik.

“Beza 9K dengan 999 atau 916 adalah mutu, tetapi 9K boleh juga digadai, sebab dia ada 9 peratus emas.

“Kita terima trade-in, dan Insya Allah Al- Rahnu kita akan terima 9K ini untuk digadai,” katanya.

Agen terbaik yang menerima anugerah dan hadiah berupa rekaan emas adalah dari Malaysia, Singapura, dan Indonesia.

Turut hadir, Dato’ Prof. Dr. Norbik Bashah Bin Idris, Seniwati Datin Maria Arshad, rakan/ejen niaga Trishya & Co.

Malam penutup diserikan lagi dengan nyanyian oleh Duta pertandingan ‘Jewel Of Malaysia’ (JOM) iaitu Haqiem Rusli dan Fiq AF, sesi peragaan barangan rekaan 9KJ dari Trishya & Co, pertandingan ‘catwalk’ antara meja makan, para hadirin dan sesi cabutan bertuah dengan hadiah emas. – UTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *