MAJLIS PERASMIAN RUBY LOUNGE STESEN BUTTERWORTH DAN EDARAN PEK CENDERAHATI SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

  • June 9, 2025
  • 1 min read
MAJLIS PERASMIAN RUBY LOUNGE STESEN BUTTERWORTH DAN EDARAN PEK CENDERAHATI SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA

BUTTERWORTH – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari initelah merasmikan Ruby Lounge di Stesen Butterworth yang merupakan ruangmenunggu eksklusif untuk penumpang ETS Kelas Perniagaan.

Majlis perasmian telahdisempurnakan oleh Tuan Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin, Ketua Pegawai Teknikalbersama barisan pengurusan KTMB.Ruby Lounge di Stesen Butterworth merupakan lokasi kedua selepas KL Sentral yangmenyediakan ruang menunggu eksklusif yang premium dan selesa dengankemudahan tambahan seperti tempat duduk selesa, air minuman panas dan sejukserta tandas sebagai nilai tambah kepada penumpang Business Class.

Ruang menunggu ini boleh memuatkan sehingga 40 orang penumpang pada satu-satu masa.“Pembukaan Ruby Lounge di Stesen Butterworth adalah satu lagi langkah KTMBdalam memberikan pengalaman perjalanan yang eksklusif dan selesa kepadapelanggan kami, terutamanya penumpang ETS Kelas Perniagaan di sektor Utara. Iamerupakan nilai tambah yang bukan sahaja meningkatkan keselesaan, tetapi jugasejajar dengan aspirasi kami untuk memperkukuh standard perkhidmatan tren ETSkhususnya,” menurut Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin, Ketua Pegawai TeknikalKTMB.Di majlis ini juga, KTMB turut memperkenalkan produk minuman signature ETSterbaharu iaitu Teh Tarik Gula Melaka dan Latte Pandan, hasil kerjasama strategikbersama jenama tempatan terkenal, Aik Cheong.

Minuman berinspirasi citarasatempatan dan pilihan utama rakyat Malaysia. Kedua-dua minuman ini kini bolehdidapati di dalam semua tren ETS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *